Makanan Yang Perlu Dielakkan Pada Peringkat Awal Bayi #2 Paling Bahaya
Air Masak ( Kosong )
Bayi yang berumur kurang daripada 6 bulan tidak digalakkan memberi air kosong kerana boleh membahayakan kesihatan dan nyawa bayi tersebut, terutamanya jika bayi berumur kurang dari 4-5 minggu.
Bayi yang diberikan air kosong akan menyebabkan perut bayi penuh dan tiada selera untuk minum susu lagi. Air kosong tidak mempunyai nilai kalori yang tinggi seperti susu, bayi akan terbantut pembesaran ataupun tiada peningkatan berat badan dan lebih teruk lagi berlaku penyakit Oral Water Intoxication.
Oral Water Intoxication adalah satu penyakit di mana badan mengalami kekurangan garam kerana bayi terlalu banyak minum air kosong. Ini akan mencairkan darah dan dalam masa yang sama juga akan mengurangkan paras garam ke paras yang kritikal dan menyebabkan bayi mengalami sawan, koma, kecederaan otak dan jika tidak dikesan awal akan menyebabkan kematian.
Walaubagaimanapun, adalah dibenarkan bagi bayi berusia lebih daripada 6 bulan untuk diberikan air kosong sekadarnya sesudu ataupun cawan kecil untuk membersihkan kesan susu di lidah bayi tersebut.
Madu Lebah
Madu sesuai untuk diberikan pada kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas yang mengalami batuk kerana ianya merangsangkan pengeluaran saliva ( air liur ) dan mengurangkan kahak pekat, Beri pada kadar yang sedikit.
Tetapi dinasihatkan jangan memberi madu kepada bayi berusia 2 tahun ke bawah. Ini bukan madu yang memberi kesan kepada mereka tetapi ada sesetengah produk yang kurang bersih dan mengandungi kuman Clostridium botuilium yang boleh membiak di dalam usus bayi yang belum matang.
Walaupun kejadian ini kurang berlaku tetapi boleh menyebabkan kematian. Jika ia berlaku tanda-tanda awal ialah perut kembung, tidak buang air besar, bayi menjadi lemah dan tidak mampu menelan setelah beberapa jam diberikan madu.
Telur
Telur tidak patut diberikan sebelum umur bayi berumur 6 bulan. Selepas itu, bayi boleh diberikan telur yang perlu dimasak penuh, sehingga putih dan kuning telur menjadi keras, untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman.
Kacang
Kacang keras tidak boleh diberikan kepada bayi di bawah umur 5 tahun, kerana bahaya tersumbat dalam salur pernafasan dan jika tidak tersumbat biji kacang yang kecil akan melekat di saluran penafasan bayi dan menyebabkan jangkitan kuman.
Makanan Lembut ( Mashmellow, Gummy Bear )
Makanan seperti ini susah untuk di kunyah dan sesetengah kanak-kanak yang belum pandai menguyah akan menelan terus dan menyebabkan tercekik dan makanan ini juga susah untuk di hadam.