Tips Memasak Untuk Tetamu Ramai
- Satu perkara yang dirisaukan kaum wanita di musim perayaan ini adalah bila perlu memasak untuk tetamu yang ramai.
Sebabnya tak semua mahir memasak untuk hidangan dalam kuantiti yang banyak bagi menjamu tetamu yang ramai ini. Paling ditakuti hidangan tak mencukupi dan juga tak cukup masa memasak.
Agar ini tidak terjadi ada baiknya kita hadam tip berikut.
1. Buat persediaan awal
Elakkan penyediaan di minit terakhir. Beli semua bahan atau keperluan lain seperti pinggan dan sudu garfu pakai buang seawal yang boleh. Potong juga bawang, sayuran dan daging sehari sebelum.
2. Pastikan menu tidak terlalu banyak.
Tidak perlu menyediakan terlalu banyak hidangan kerana ia boleh membawa kepada stres. Anda hanya perlukan satu hidangan istimewa diikuti dengan sayuran mudah, sup dan juga makanan manis.
3. Guna resipi yang mudah
Tidak perlu menggunakan resipi yang terlalu teliti. Pastikan resipi itu mudah diikuti dan tidak mengambil terlalu banyak masak. Jika boleh, gunakan resipi yang boleh dimasak terlebih dahulu dan di sejukkan di peti ais.
Contohnya, perap ayam atau sediakan asas sup sehari sebelumnya. Lebih banyak penyediaan yang dibuat bermakna anda tidak perlu bergegas untuk menyiapkan sesuatu hidangan pada hari perayaan.
4. Gunakan bahan-bahan sedia dimakan.
Anda boleh menggunakan makanan bertin seperti nenas, puri tomato dan juga sos pasta dalam botol.
5. Membersih Sambil Memasak
Sambil membuat penyediaan dan memasak, sebenarnya anda boleh membersihkan dapur pada masa yang sama. Apabila rendang sedang mendidih, basuh mana-mana mangkuk atau peralatan memasak yang tidak digunakkan. Sambil menunggu nasi dimasak, lap meja dapur sebelum memulakkan hidangan seterusnya!
Selamat memasak, semoga hidangannya enak-enak belaka.
Sumber : Vanilla Kismis