Tahukah anda apa itu #WBW16 dan bila ?

Apa itu #WBW16 ?

#WBW16 adalah World Breastfeeding Week 2016 yang disambut lebih daripada 170 buah negara dengan bertemakan ‘A Sustainable Development’. Antara misi lain yang digariskan di dalam World Breastfeeding Week ini juga adalah untuk menamatkan indeks kemiskinan di dalam dunia ini pada tahun 2030.

 

breastfeeding

 

Bila?

#WBW16 disambut pada 1 Ogos – 7 Ogos pada setiap tahun. Namun begitu, masih terdapat ramai lagi ibu-ibu diluar sana yang kurang mendapat pendedahan tentang kempen ini.

Jadi, sekarang anda bolehlah menandakan tarikh-tarikh tersebut di kalendar anda setiap tahun mulai hari ini! Jangan lepaskan peluang dan raikan #WBW16 bersama ibu-ibu di negara lain.

Apakah kebaikan dan kelebihan Susu Ibu?

Susu ibu merupakan makanan terbaik di dalam dunia untuk bayi anda. Kesihatan bayi yang baru lahir dapat dikekalkan untuk jangka masa panjang sekiranya bayi tersebut diberikan susu ibu (susu badan) berbanding dengan susu formula.

Pasti masih ada lagi ibu diluar sana yang tidak tahu apakah kelebihan atau kebaikan susu ibu kepada bayi anda dan juga kepada anda bukan? Terutamanya jika ia melibatkan kesihatan.

 

Berikut merupakan penyakit yang dapat dicegah sekiranya anda memberi penyusuan awal kepada bayi anda :

2

Kelebihan menyusu badan bayi kepada Ibu :

 

  • Membantu melindungi anda daripada Kanser Ovari
  • Mengurangkan risiko menghidap diabetes Jenis 2 di kemudian hari
  • Mengurangkan risiko menghidap Kanser Payu Dara sebelum Menopaus (putus haid)

 

Ibu-ibu di Malaysia juga disarankan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO)  dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyusukan bayi pada enam bulan pertama. Bukan itu sahaja, para ibu juga bebas memilih untuk menyusukan bayi mereka sehingga umur mereka mencecah satu tahun atau lebih. Ini kerana, susu ibu adalah yang terbaik di dunia dan untuk pertumbahan bayi.

 

Kenapa Susu Ibu?

  1.  Sumber makanan yang lengkap
  2.  Mengandungi lebih 400 Jenis Nutrien (yang tidak terdapat di dalam susu formula)
  3.  Membantu pengembangan minda imuniti badan bayi#wbw16

 

Apakah pendapat anda mengenai kelebihan dan kebaikan dalam menyusukan bayi anda? Kongsi terus bersama kami dengan meninggalkan komen di bawah!

 

Kembali ke Atas