Apa Yang Anak-anak Suka Tentang Avilion Port Dickson
1. Suasana Chalet Yang Santai
Meskipun hanya mengambil satu bilik dengan katil bersaiz King, terdapat ruang bacaan berhampiran tingkap yang juga boleh digunakan kanak-kanak untuk tidur. Anak-anak pasti sukakannya. Malahan, meskipun memilih pakej tanpa sarapan pagi, seisi keluarga boleh membancuh air dan sarapan ( bawalah bekal roti dan tuna) sambil menikmati pemandangan indah di balkoni chalet.
2. Kolam Renang
Oh, sudah menjadi suatu kewajipan untuk memilih hotel atau resort yang mempunyai kolam renang. Tanpa aktiviti mandi-manda dan berenang, sudah pasti tidak lengkap percutian. Meskipun kolamnya bersaiz kecil untuk kanak-kanak namun terdapat gelongsor sederhana tinggi yang cukup membuatkan anak-anak leka bermain di sini.
3. Kids Club & Aktiviti
Usah bimbang meskipun kolam sudah ditutup di waktu malam hari. Pengunjung boleh membawa anak-anak bermain di Kids Club & taman permainan berhampiran. Jangan lupa untuk semak aktiviti-aktiviti lain yang ditawarkan oleh Kelab seperti mewarna serta memasak. Wah, anak dara manis pasti teruja dapat membuat cupcakenya sendiri nanti.
Untuk lihat aktiviti serta pakej yang disediakan boleh lihat di sini
http://www.avillionportdickson.com/pages/kiddiestreat.html
4. Mini Zoo
“Seronok sangat mama” – Inilah masanya mahu mendekati binatang peliharaan serta berpeluang untuk memberi makan dengan tangan sendiri. Kata anak-anak “ ini bahagian paling best selain mandi kolam”