Sindrom Othello Dalam Rumahtangga
Drama bersiri Andainya Takdir berjaya menambat hati ramai peminat drama bersiri tanah air sungguhpun drama Melayu kebelakangan ini mendapat pelbagai jenis kecaman kerana tidak mengenengahkan pengajaran. Namun berbeza dengan drama Andainya Takdir yang sarat dengan pelbagai tauladan yang boleh diteladani.
Rata-rata ramai memarahi watak Airil kerana cemburu buta yang melampau dan memberi kesan yang sangat teruk kepada isteri dan anaknya. Inilah dinamakan penyakit “SINDROM OTHELLO”. Othello syndrome adalah kelainan emosi di mana seseorang merasa yakin bahawa pasangannya itu tidak setia atau curang, walaupun tanpa memiliki bukti yang jelas. Lebih mudahnya disebut cemburu buta. Dalam drama ini,ditunjukkan Airil seorang yang sangat penyayang namun dalam masa yang sama dia terasa insecure dan lebih teruk dari paranoid. Sebabnya isterinya cantik,berkerjaya dan banyak berjumpa dengan klien atas tuntutan kerja. Setiap sejam isterinya perlu melaporkan segala tindakan atau aktiviti seharian. Lambat 5 minit maka akan muncullah bibit2 sawan Othello ni. Terus mengamuk tak tentu pasal.
Penderita penyakit ini juga terdorong untuk mengasari pasangannya secara berlebihan dalam sedar atau tanpa sedar. Kat sini aku nak share beberapa kisah benar yang mengaitkan kes penyakit ini.
1. Robert Mercati, 63, yang didapati membunuh isterinya, Margaret, 63, pada awal 2013 selepas percaya wanita itu tidak setia kepadanya. Robert kemudiannya bertindak membunuh diri.
2. SETIAP hari Steve Wood terpaksa akur apabila isterinya, Debbi me¬minta telefon bimbit, akaun e-mel dan penyata bank untuk diperiksa. Lebih memeningkan kepala, lelaki berusia 32 tahun tersebut harus menjalani ujian pengesan penipuan setiap kali pulang ke rumah bagi membuktikan dia masih setia terhadap pasangannya itu.
“Saya juga dilarang melihat gambar-gambar wanita di majalah dan di kaca tele-visyen,”ujarnya. [sumber : KOSMO]
PUNCA
Antara punca-punca wujudnya penyakit ini dalam diri seseorang adalah kekecewaan dalam percintaan sebelum ini, pernah dikhianati dan termakan hasutan-hasutan orang sekeliling.
Antara tanda-tanda seseorang itu menghidap penyakit ini:
– Menuduh pasangan curang tanpa bukti
– Melarang pasangan pergi ke mana-mana kecuali dengannya
– Selalu mengeksploitasi pasangan
– Mencari bukti curang walaupun tidak wujud pun sebenarnya
– Mengamuk dan mencederakan pasangan
– Selalu memantau kegiatan pasangan
– Komunikasi 24 non stop
-Mengancam akan membunuh
Cuba semak semula adakah ciri-ciri ini wujud dalam diri anda sendiri atau pasangan anda. Jika ada, mungkin anda perlukan perkhidmatan psikiatri.
Penyakit ini memang tidak dapat dirawat jika hanya bergantung kepada diri sendiri saja. Pesakit perlu mendapatkan rawatan di hospital bahagian psikiatri bagi mengelakkan situasi yang lebih serius seperti penderaan dan pembunuhan. Namun,dalam Islam kita diajar untuk perbanyakkan istighfar ,berzikir dan berwuduk jika amarah menguasai diri. Sekian saja rumusan dan perkongsian dari aku.
Sumber : IIUMC