Resepi Rendang Ayam Hijau Yang Pedas Membuka Selera Penggemar Cili Padi
Resepi Rendang Pedas Hijau yang dah beberapa kali saya cuba dan memang sedap, pedas..sungguh menyelerakan

Bahan-bahan untuk 1 ekor ayam
10 biji cili besar hijau (boleh lebihkan sekiranya mahu lebih hijau)
10 biji cili api hijau (boleh lebihkan sekiranya mahu lebih pedas)
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
Sedikit serbuk kunyit
.
Semua bahan diatas dikisar
1 cawan santan
1 cawan air
2 keping asam keping
2 sudu besar kerisik
Daun limau purut
Daun kunyit
Garam/gula secukup rasa
.
Cara- caranya
.
Tumis bahan kisar hingga pecah minyak..
Masukkan ayam
Kacau sebati
Masukkan santan, air asam keping dan daun limau ( optional, rasa rendang berbeza jika letak daun limau purut atau daun kunyit sahaja )
Masak hingga pecah minyak
Masukkan garam secukup rasa
Taburkan daun kunyit
.
RESEPI oleh SHOPPERQUEEN