Manfaat Susu Badan Si Ibu
Manfaat Susu Badan Si Ibu
Susu ibu merupakan manakan yang terbaik buat si bayi kerana ia mengandungi nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi. Ia juga makanan yang mudah dihadam dan tersedia dengan suhu yang sesuai untuk si bayi.
Bayi yang menyusu badan sehingga enam bulan pertama akan lebih sihat berbanding bayi yang tidak diberi susu badan. Kandungan susu ibu yang lebih selamat dan mengandungi nutrien yang sesuai dengan keperluan si bayi yang berbeza dengan susu dijual dipasaran.
Susu ibu juga menjadi imunisasi bayi yang pertama dalam mencegah pelbagai jenis jangkitan dan menyokong proses tumbesaran yang memberi kesan masa panjang terhadap perkembangan kanak-kanak. Ia meliputi perkembangan fizikal, mental, emosi dan pembentukan peribadi sesorang anak. Boleh dikatakan ia mengandungi seribu kebaikan kepada bayi dan juga si ibu.