Tip Agar Bunga Tidak Layu Kekal Segar
7 Tip Agar Bunga Tidak Layu Kekal Segar
Pasti ramai dikalangan anda pernah mendapat jambangan bunga dari seseorang. Detik indah begitu sudah tentu anda akan sentiasa ingat, namun adakah jambangan bunga yang diberi mampu kekal berpanjangan jua? Atau setelah menerimanya, mungkin anda hanya letakkan di bilik dan dibiarkan layu di esok hari.
Anda pasti mahu jambangan bunga yang diberi kekal segar dan tahan lama. Kebiasaannya bunga akan layu dan cuma bertahan 3 hingga 5 hari bargantung kepada jenis. Namun anda mampu biarkan ia bertahan sehingga 7 hari. Pasti si pemberi rasa dihargai apabila melihat bunga yang diberi dijaga dengan baik. Maka itu, ikuti 6 cara berikut.
1. Simpan bunga anda dalam suhu yang normal. Jika anda baru keluarkan bunga dari peti ais pastikan suhu pada ruang kediaman anda tidak terlalu tinggi, kerana kondisi bunga amat sensitif dengan suhu sekitar. Elakkan daripada perubahan suhu secara mengejut.
2. Elakkan daripada meletak bunga di tempat yang terdedah dengan matahari dan menyembur air secara tidak lansung. Kesegaran bunga akan terbantut dan menyebabkan bunga cepat layu.
3. Potong tangkai bunga 1cm setiap hari supaya bunga tidak menyerap air terlalu banyak. Makin lama bunga disimpan, maka air yang terserap bertambah banyak dan ini mampu menyebabkan proses bunga menjadi layu lebih cepat.
4.Untuk mengelakkan bunga menyerap air terlalu banyak anda juga boleh menggunakan kapas. Kapas yang dibasahkan kemudian letak pada bahagian hujung batang bunga.
5. Anda harus merapikan keadaan bunga setiap hari. Jika terdapat perubahan dari segi warna pada duri, daun atau batang, anda perlu petik atau memotongnya. Bahagian bunga yang rosak jika dibiarkan ia mampu merebak pada keseluruhan bunga.
6. Bagi mengekalkan kesegaran bunga, anda boleh campurkan gula, cuka, atau paracetemol ke dalam larutan air. Pastikan anda menggantikan air pada setiap hari supaya kelihatan bersih.