Susah Bangun Sahur? 5 Cara Ini Pasti Dapat Membantu

Di bulan puasa, sahur merupakan salah satu rutin yang dilakukan umat Islam. Hukumnya harus atau tidak wajib.  Sahur dapat membantu anda melalui ibadah puasa dengan lebih bersedia malah mendapat keberkatan sahur itu sendiri.

Tentu saja, jika tidak sahur biasanya ada yang akan cepat terasa penat dan tidak kuat menjalankan ibadah puasa. Namun tak semua orang senang untuk bangun sahur.  Lihat 5 tips mudah untuk membantu anda bangun :

 

  1. Pasang Alarm dan Letakkan Jauh-Jauh

Tips pertama yang perlu anda lakukan agar dapat bangun sahur dengan mudah adalah pasang alarm dan letakkan jauh-jauh. Ianya agak berkesan bilamana anda memasang alarm dan meletakkan jauh-jauh daripada katil.

Bunyi alarm jam yang kerap dan kuat pasti akan membuat anda  merasa terganggu dan  merangsang untuk segera  bangun. Anda juga perlu memasang nada alarm dengan volume paling kuat serta ringtone yang berbunyi keras.

 

  1. Niatkan Diri

Niat merupakan hal pertama yang dilakukan dalam melakukan apa jua aktiviti.  Niatkan sejak malam untuk bangun lebih awal. Niat akan membuat seluruh tubuh dan jiwa  seolah bersiap untuk melakukan apa yang direncanakan. Dengan niat yang sungguh-sungguh, niscaya anda akan boleh bangun sahur lebih awal.

 

  1. Jangan Makan Makanan Berat Berlebihan Di Waktu Malam

Beberapa jam sebelum tidur sebaiknya hindari daripada makan makanan berat. Biasanya makanan berat yang diambil dalam jumlah banyak boleh membuat tubuh malas berasa berat .  Ianya lambat untuk dihadam serta membuatkan anda tidak selesa untuk bangun sahur. Boleh jadi juga terlajak tidur lantaran kekenyangan.

 

  1. Tidur Lebih Awal

Tidur lebih awal supaya bertenaga untuk bangun sahur dengan cepat. Ini kerana badan telah mendapat rehat yang cukup .

 

  1. Minta Bantuan Ahli Keluarga Atau Teman Rapat

Jika masih sukar untuk bangun sahur sendiri, cuba minta bantuan orang rumah untuk membangunkan anda.mak, Ayah,  Isteri atau suami atau rakan baik yang boleh menelefon kita / atau missed call sehingga kita bangun.

 

Selamat mencuba. Anda ada tips lain yang juga berkesan? Kongsikan di ruangan komen dan SHARE pada kenalan yang lain.

 

LIKE Pamapedia DI SINI

Kembali ke Atas