Resepi Bun Manis Simple Cepat Guna Breadmaker Dan AirFryer

Malas nak keluar beli roti ke tu? jangan risau apa kata cuba resepi simple Bun Manis. Bahan-bahan pun senang dapat di rumah je kan.

BAHAN-BAHAN:

200ml air sejuk
2 sudu gula
2 sudu susu pekat
1 biji telur
500g tepung gandum
11g yis
60g margarine/ butter/ shortening
garam

CARA MEMBUAT :

1. Masukkan semua bahan mengikut urutan seperti di atas (cecair masuk dulu) ke dalam pan bread maker.

2. Setkan Bread Maker ( saya guna Noxxa) pada dough 10/30mins

3. Rehatkan sebentar doh yang gebu

4. Timbang pada size 30-60g doh & susun dalam bekas dgn sedikit jarak (bagi ruang roti mengembang)

5. Set kan air fryer
▪️suhu 160darjah
▪️masa 15 minit

6. Taraaa! Siap.

Tips :
Boleh buka bakul untuk check masa proses bakar.
Cucuk dgn garfu utk pastikan roti dah masak.

Selamat mencuba✌🏻

DAH ADA AIR FRYER TAPI TAK TAHU NAK MASAK APA?

“Asyik-asyik goreng dan bakar ayam, sampai anak pun jadi bosan. Nak cuba resepi lain takut tak menjadi pula. Idea pun tak berapa nak ada.

 

Kredit : Resepi Air Fryer [Malaysia]

Kembali ke Atas