Telur Dadar Mayonis. Resepi Mudah Dan Sedap

telur-dadar-mayonis-01

Siapa yang tak biasa dengan telur dadar. Ianya menu mudah, ringkas dan sedap.

Mahu lebih sedap ?? Hanya tambahkan sahaja 2-3 sudu besar mayonis ke dalam bancuhan telur sebelum dimasak.

Hasilnya?? Wow, telur dadar yang lebih enak, gebu dan cukup rasa.

Resepi Telur Dadar Mayonis ( 2 orang makan)

2 biji telur

bawang besar/kecil dihiris nipis

daun bawang (dihiris)

bawang merah ( dihiris)

2 sudu besar mayonis

secubit garam

Hanya pukulkan telur dan masukkan bahan-bahan lain, pukul sebati dan goreng. Mahu lebih enak?? gorengkan telur dadar dengan marjerin planta ataupun mentega.

Anak-anak pasti suka.

Selamat Mencuba !!

Kembali ke Atas