Trend Chandeliar Earrings Yang Berleluasa

Chandeliar Earrings adalah rekaan anting-anting yang menonjol dihiasi batu permata, elemen rambu-ramba dan adakalanya lebih unik dilengkapi perincian logam pelbagai bentuk dan ukuran untuk menjadikannya lebih dramatik.

ASAL

p13098712

 

d773f52f0dff2ab5df4af7601fac70e0

Asalnya anting-anting labuh yang berperincian ekstrem ini dibuat menggunakan batu permata bersinar seperti berlian. Ia kemudiannya disusun secara berperingkat membentuk corak dan rekaan yang menyerupai lampu dekor mewah rumah agam, chandeliar.

TREND

slider-chandelier-earing

Namun begitu, trend fesyen semakin berubah dan kini Dolce & Gabbana adalah antara jenama fesyen yang tidak pernah ketinggalan untuk tampil dengan rekaan anting-anting labuh dan bersaiz besar setiap kali mempersembahkan koleksi terbaharunya di pentas peragaan. Disulam dengan batu permata pelbagai bentuk dan saiz, sudah tentu aksesori berjiwa feminin ini dapat merubah sekaligus menaikkan seri gaya si pemakainya. Lebih-lebih lagi ketika menghadiri acara-acara formal, dipadankan pula dengan baju rona polos serta solekan natural bersahaja.

bianca-balti-dolce-gabbana-campaign

Apa yang lebih menarik, Hijabista pun sudah pandai mengenakan anting-anting labuh sebagai sebahagian aksesori penyeri gaya di samping beg tangan, kaca mata hitam dan kasut tumit tinggi! Nak tahu caranya? Ikuti tutorial ringkas di bawah ini!

Barang Yang Diperlukan:-

lil-1-e1480486401571

#1 Elegen & Feminin

tuto1-e1480491329117

  1. Gunakan tudung bawal untuk gaya ini. Lipatkan tudung kepada segi tiga dan hamparkan di atas kepada seperti biasa. Pastikan anda memakai anak tudung atau inner terlebih dahulu supaya ia tampak kemas.
  2. Penulis sengaja memilih tudung bawal jenis satin yang bercorak agar lebih ranggi.
  3. Pakai anting-anting yang warnanya sedikit kontra dengan warna tudung agar ia menonjol meskipun dipadankan dengan tudung bercorak.
  4. Tarik penghujung sebelah kiri untuk diselimpang ke bahu sebelah kanan manakala lakukan langkah yang sama untuk sisi yang satu lagi.
  5. Sisip dan susun bahagian kain tudung pada dada agar kemas sebelum kedua-dua penjuru tudung diikat dengan kemas pada bahagian belakang leher.
  6. Jangan lupa sematkan jarum peniti pada kedua bahagian penjuru pipi (kiri dan kanan), dikelim sekali bersama anak tudung agar ia terletak sepanjang hari.

#2 Kasual Ranggi

tuto2-e1480493110997

  1. Kali ini kami gunakan selendang dari koleksi Hana Tajima for Uniqlo. Jika tiada, anda boleh gunakan selendang biasa untuk gaya ini.
  2. Pakai anak tudung dengan kemas sebelum anda hamparkan selendang di atas kepala.
  3. Tarik selendang di bahagian kiri ke bahagian kanan. Penulis nasihatkan anda memakai baju berkolar ‘turtle neck’ kerana bahagian leher akan terdedah.
  4. Dandankan kedua-dua belah bahagian selendang sebelum dipintal mati agar ia terletak.
  5. Penulis lebih gemar jika bahagian berpintal ini ditarik ke atas bahu untuk suatu penggayaan yang lain daripada yang lain.
  6. Jika tidak selesa, anda boleh biarkan ia terjatuh ke bawah seperti tocang Rapunzel! Sesuai untuk gaya day to night kerana anda boleh bermain dengan dandanan tersebut sama ada untuk diletakkan di bahu atau dibiarkan jatuh begitu sahaja.

#3 Sopan Menawan

tuto3-e1480494651929

  1. Hamparkan selendang atau shawl pilihan anda di atas kepala.
  2. Biarkan kedua-dua belah selendang mempunyai panjang yang sama sebelum anda pin pada bahagian belakang leher.
  3. Pakai anting-anting labuh pilihan anda. Oleh sebab penulis gayakan selendang hitam, anting-anting warna emas lebih menyerlah dan kelihatan mewah.
  4. Tarik kedua-dua belah selendang ke sisi terlebih dahulu sebelum bahagian selendang yang sebelah kiri itu dililit keliling leher. Pin pada bahu supaya kemas.
  5. Bahagian selendang belah kanan ditarik ke atas kepala. Semat jarum pada sisi muka agar hamparan selendang terletak.
  6. Anda boleh atur dan labuhkan bahagian selendang sehingga menutupi dada jika mahu. Siap!
  7. Gaya ini sesuai untuk ke kenduri-kendara mahupun bagi menghadiri acara keramaian!

#4 Zero To Hero

tuto4-e1480495662257

 

  1. Gaya ni khas untuk gadis yang malas bersiap namun masih mahu kelihatan hipster.
  2. Menggunakan tudung bawal jenis crepe, anda hamparkannya di atas kepala seperti biasa.
  3. Pakai anting-anting warna kontra dan mempunyai perincian jumbaian (tassel) sebegini.
  4. Sematkan jarum pada kedua-dua belah penjuru pipi agar kemas dan terletak.
  5. Selimpangkan sebelah bahagian tudung pada bahagian dalam bahu.
  6. Biarkan bahagian tudung yang sebelah lagi jatuh bebas. Siap!
  7. Padankan gaya ini dengan pakaian berseluar seperti jeans, culottes mahupun palazzo. Mesti nampak moden!

 

LIKE Pamapedia DI SINI

Kembali ke Atas