7 Bahan Wajib Ada Untuk Buat Sushi
Sushi merupakan makanan berasal dari Jepun yang popular di seluruh dunia termasuk Malaysia. Ramai yang meminati sushi walaupun pada mulanya mereka beranggapan makanan mentah tidak sedap untuk dimakan.
Kini, sushi makin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Malah, anda juga boleh membuatnya sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang diperlukan jika anda mahu belajar cara-cara untuk membuat sushi.
Anda boleh mendapatkan kesemua bahan yang kami kongsikan ini di pasaraya yang mempunyai ruangan menjual sushi kerana biasanya mereka akan menjual peralatan atau bahan membuat sushi seperti di AEON.
1. Beras
Beras sushi agak berbeza dari beras yang biasa kita makan. Teksturnya lebih kenyal dan saiz juga lebih kecil berbanding beras biasa. Di bahagian luar pembungkusan akan ada tulis ianya beras sushi supaya dapat menyenangkan anda memilih beras dengan tepat.
2. Periuk elektrik
Periuk elektrik lebih sesuai digunakan untuk memasak beras sushi serta dapat mengelakkan daripada hangus jika dimasak menggunakan periuk biasa.
3. Hangiri
Hangiri atau periuk kayu digunakan bagi menggaul nasi bersama cuka. Gunakan periuk diperbuat daripada kayu buluh supaya cuka boleh meresap ke dalam nasi dengan lebih sempurna.
4. Rumpai laut kering (Seaweed)
Selain nasi, rumpai laut kering atau lebih mudah dikenali sebagai seaweed juga merupakan bahan penting untuk membuat sushi. Ia berfungsi sebagai menahan nasi dan isi daripada hancur bersepah malah rasanya juga sedap.
5. Sushi filling
Anda boleh letakkan pelbagai jenis isi di dalam sushi mengikut selera dan kreativiti anda. Bahan asas untuk isi dalam sushi ialah timun, telur, dan avokado jika anda tidak tahu apa yang perlu diletakkan di dalam sushi.
6. Makisu
Makisu atau penggulung kayu bertujuan untuk membentuk sushi serta ‘melekatkan’ nasi dan seaweed supaya lebih kemas dan padat. Anda boleh belajar beberapa teknik untuk menggulung sushi kerana jika tersalah gulung, sushi anda anda hancur serta tidak boleh dibentuk.
7. Pisau
Pisau yang tajam amat penting ketika membuat sushi. Ini kerana pisau tajam dapat memotong sushi dengan cantik serta mengelakkan ia dari menjadi tidak kemas dan hancur.