Ibu Ayah Harus Tahu Ini Sebelum Mengajar Anak Cara Pegang Pensil Yang Betul. # Penting !!
Bagaimanakah cara anak-anak anda memegang pensil ?
Tidak perlu memaksa anak untuk pandai memegang pensil dengan cara yang betul iaitu dengan 3 jari di pensil (Dynamic Tripod Grip)
- Paksaan hanya akan memburukkan keadaan. Ini berlaku bilamana anda memaksa anak untuk cuba memegang pensil dengan cara yang betul, lalu memaksa otot tangan yang salah bagi perkara tersebut.
- Penggunaan wrong muscle groups untuk mengawal pegangan pensil membuatkan tangan nampak elok memegang pensil namun, “grip” tidak cukup kuat. Kesannya anak akan cepat rasa penat memegang pensil lalu mudah berhenti separuh jalan dalam aktiviti menulis atau melukis yang sedang dilakukannya.
- Perkembangan anak-anak untuk memegang pensil dengan betul adalah mengikut “steady” atau apakah otot tangan bahu sudah bersedia bagi aktiviti tersebut.
- Perkembangan fizikal anak-anak adalah berbeza antara satu sama lain, contohnya daripada mengengsot, merangkak sehingga boleh berjalan. Begitu juga dengan kekuatan otot tangan untuk memegang dengan baik.
- Situasi yang lebih mudah difahami : Anak-anak mudah menjatuhkan barang yang di pegang serta tidak dapat memahami maksud sebenar “pegang kuat-kuat”. Mereka boleh jadi faham arahan untuk pegang dengan kuat namun otot tangan dan bahu mereka masih belum bersedia.
- Perbezaan inilah yang membuatkan anak yang lebih kecil akan menggerakkan bahu dan lengan untuk menggerakkan pensil manakala anak yang lebih besar (5-6 tahun) pula menggerakkan pergelangan tangan dan jari untuk memegang pensil.
Adakah ini bermakna anak saya hanya akan pandai memegang pensil bila berusia 5 atau 6 tahun ??
Tidak semestinya. Anda boleh membantu menguatkan otot-otot tangan dengan beberapa aktiviti yang mudah seperti berikut :Ilmu ini bermanfaat buat anda?? Kongsikannya agar lebih ramai memahami perkembangan fizikal anak-anak.
LIKE Pamapedia DI SINI