Pencerahan Mengenai Isu Haid Ketika Ibadah Puasa # Penting Buat Wanita

Sememangnya diketahui ramai bahawa wanita tidak boleh berpuasa ketika kedatangan haid.

Sempena kedatangan Ramadhan, adalah baik sekali sekiranya kita dapat menambah ilmu dan memperbaiki ibadah untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Artikel di bawah pasti dapat membantu serta memberi pencerahan :

wanita dan haid semasa puasa

Dipetik daripada www.hafizfirdaus.com :

Diharamkan bagi wanita yang sedang haid untuk berpuasa, sama ada puasa sunat mahupun puasa fardhu. Jika dia tetap berpuasa maka tidak sah puasanya.

Akan tetapi dia wajib mengqadha puasa fardhunya berdasarkan kenyataan ‘A’isyah radhiallahu ‘anha:

“Apabila yang demikian itu (haid) menimpa kami, maka kami disuruh (oleh Rasulullah) mengqadha puasa namun tidak disuruh untuk mengqadha solat.” [Shahih Muslim­ – no: 335 (Kitab al-Haid)]

Berikut beberapa permasalahan khusus antara puasa dan wanita yang haid:

1. Apabila seorang wanita sedang berpuasa lalu dia didatangi haid, maka puasanya menjadi batal sekalipun waktu berbuka (waktu Maghrib) sudah sangat hampir. Dia wajib mengqadha puasa tersebut jika ia adalah puasa fardhu.

 

2. Apabila seorang wanita sedang berpuasa lalu dia merasa akan didatangi haid sebelum waktu berbuka (waktu Maghrib), maka teruskan menyempurnakan puasanya itu. Menurut pendapat yang benar,[2] puasanya tidak batal kerana sesungguhnya darah masih berada di dalam badan dan tidak ada hukum baginya (selagi ia tidak mengalir keluar).

 

Ini sebagaimana kes seorang wanita yang bermimpi seperti seorang lelaki lalu datang menemui Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam bertanya, adakah dia perlu mandi wajib? Baginda menjawab: “Ya, jika dia melihat ada air (mani yang mengalir keluar).”

Dalam hadis di atas Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam menghubungkan hukum mandi wajib dengan kewujudan air mani dan bukan masa. Maka demikianlah juga dengan haid, dilaksanakan hukum-hukumnya berdasarkan keluarnya haid, bukan berdasarkan masanya.[3]

 

3. Apabila seorang wanita didatangi haid hanya sekadar tempoh masa yang pendek selepas terbitnya fajar (masuk waktu Subuh), maka puasanya tetap tidak sah.

ainil n friends

4.Apabila seorang wanita tamat haidnya sebelum terbit fajar (belum masuk waktu Subuh), maka dia boleh berpuasa dan puasanya adalah sah sekalipun dia belum sempat mandi wajib.

Ini sebagaimana hukum orang berjunub yang berpuasa padahal dia tidak mandi wajib kecuali selepas terbit fajar (masuk waktu Subuh). Puasanya tetap sah berdasarkan hadis ‘A’isyah radhiallahu ‘anha:

“Pernah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bangun pagi dalam keadaan junub bukan kerana bermimpi. Kemudian baginda berpuasa.” [Shahih al-Bukhari – no: 1932 (Kitab al-Siyam)]

SpiritofRamadan
Semoga beroleh manfaat. Selamat Datang Ramadhan !!

 

LIKE Pamapedia DI SINI

Kembali ke Atas