Fisher-Price Tarik Balik Buaian Rock ‘n Play Selepas 30 Bayi Dilapor Maut

WASHINGTON: Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat mengumumkan pada Jumaat (12 Apr) bahawa syarikat pengeluar mainan Fisher-Price secara sukarela menarik balik produk buaian Rock ‘n Play Sleeper dari pasaran, selepas lebih 30 kematian bayi dilaporkan dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

Menurut pengawal selia itu, para pengguna harus segera berhenti menggunakan produk itu dan menghubungi Fisher-Price untuk mendapatkan bayaran balik atau baucar.

“Sejak produk itu diperkenalkan pada 2009, lebih 30 kematian kanak-kanak dikaitkan dengan Rock ‘n Play Sleepers, selepas bayi tertiarap tanpa sebarang ikatan, atau dalam senario lain,” menurut suruhanjaya tersebut di lamannya.

Ini menyusuli gesaan Akademi Paediatrik Amerika pada Selasa supaya suruhanjaya tersebut menarik balik semua produk berkenaan.

“Saya menggesa ibu bapa supaya berhenti menggunakan produk ini dengan serta-merta dan menghubungi Fisher-Price untuk mendapatkan bayaran balik atau baucar,” kata pemangku pengerusi suruhanjaya itu, Ann Marie Buerkle seperti ditukil CNN.

Jumlah kes kematian dipantau menerusi analisis oleh kumpulan pemerhati Consumer Reports.

“Para pengguna perlu berhenti menggunakan produk itu dengan serta-merta dan menghubungi Fisher-Price bagi mendapatkan bayaran balik ataupun baucar,” menurut suruhanjaya itu sambil menambah penarikan semula itu akan menjejas 4.7 juta sleepers.

Dalam kenyataannya, pemilik Fisher-Price, Mattel Inc menyatakan: “Kami berpegang teguh kepada keselamatan produk kami. Namun, disebabkan insiden-insiden yang dilaporkan, kami telah membuat keputusan untuk menarik balik secara sukarela Rock ‘n Play Sleeper dengan kerjasama Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna.”

 

PUNCA KEMATIAN BAYI

Menurut portal Channel News Asia, antara punca kematian bayi yang melibatkan produk Rock ‘n Play Sleepers berlaku apabila bayi bergolek dari posisi terlentang ke perut atau sisi mereka secara tidak disedari.

 Seperti yang dipetik dari ABC News, analisis oleh The Consumer Reports pada 8 April menunjukkan kebanyakan bayi yang meninggal dunia berusia kurang dari 3 bulan.

Punca kematian juga dinyatakan sebagai asphyxia, iaitu masalah pernafasan yang disebabkan oleh posisi bayi.

American Academy of Paediatrics atau AAP merupakan antara badan profesional yang menggesa produk tersebut ditarik balik. Mereka juga tidak mengesyorkan sebarang produk seperti car seat, stroller, atau apa-apa katil digunakan untuk menidurkan bayi yang menyebabkan bayi tidak dapat bangun sendiri jika tergolek.

Namun dalam satu kenyataan, pemilik Fisher Price Mattel Inc berkata:

“Kami yakin dengan keselamatan produk kami. Walaubagaimanapun, disebabkan insiden yang dilaporkan di mana produk itu digunakan bertentangan dengan amaran dan arahan keselamatan, kami telah membuat keputusan untuk menarik balik Rock ‘n Play Sleeper dengan kerjasama Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna.”

 

Kembali ke Atas