Teknik Cuddle Cure Dan 5S Bantu Tenangkan Bayi Yang Menangis
Cuddle Cure adalah gabungan 5 teknik yang digelar ‘5S’:
1. Swaddle
Membalut bayi dengan kemas dan ketat. langkah pertama ini bertujuan mengekang gerakan tak terkawal tangan dan kaki bayi yang sedang mengamuk seterusnya memudahkan bayi memberi tumpuan kepada perlaksanaan 4S yang lain.
2. Side/Stomach Position
Memegang bayi secara mengiring atau di perutnya. Ia juga di panggil ‘fetal position’ merujuk posisi bayi semasa di dalam rahim.
3. Ssshing
Membuat bunyi ‘Ssshhhh’ yang kuat dalam jarak dekat dengan telinga bayi. Ia meniru bunyi berirama yang dicetuskan gabungan aliran deras darah ke setiap salur darah ibu pada setiap saat, degupan jantung ibu, bunyi hasil proses pencernaan yang berlaku dalam usus ibu serta pergerakan cecair amniotic (air ketuban). Irama semulajadi rahim ini telah menemani bayi selama lebih 9 bulan yang lepas!
4. Swing
Menghayun bayi dengan intensiti hayunan yang berpadanan dengan kekuatan tangisan bayi dalam pelukan (bukan dalam buaian). Bayi terbiasa ‘dihayun’ ketika masih didalam rahim, setiap kali ibu bergerak.
5. Sucking
Membiarkan bayi menghisap pada puting atau jari yang bersih. Perlaksanaan setiap ‘S’ yang sempurna serta mengikut turutan yang betul perlu diambil kira. Ia mungkin tidak dapat dicapai melalui pembacaan semata-mata. Namun sekurang-kurangnya, sekarang para ibu telah tahu bahawa sawan tangis (colic) atau tangisan berpanjangan yang bukan disebabkan oleh masalah kesihatan, ada penyelesaiannya!