Tips Sihat Redakan Sembelit Si Manja

TIPS-REDAKAN-SEMBELIT-ANAK-1

Bagaimana sembelit boleh berlaku ?

Ianya boleh berlaku pada sesetengah kanak-kanak yang mengalami keadaan di mana usus besar mereka kurang aktif daripada biasa.

Akibat menahan pembuangan najis untuk mengelakkan rasa sakit. Ini akan memburukkan lagi masalah sembelit yang dialami.

Ianya boleh diburukkan lagi dengan tabiat pemakanan yang kurang serat, kurang air atau terlampau banyak produk tenusu.

 

TIPS REDAKAN SEMBELIT ANAK.

 

TIPS-REDAKAN-SEMBELIT-ANAK-3

Ajar Si Manja Ke Tandas

Melatih anak anda pergi ke tandas secara rutin. Seeloknya ajarlah anak anda supaya membuang air besar sama ada selepas makan pagi, tengahari, petang atau pun malam.

TIPS-REDAKAN-SEMBELIT-ANAK-2

Bersenam/ Bermain

Mengalakkan anak anda bergerak lebih aktif bagi seperti ajaknya bermain kerana ini dapat melegakan sembelit.

TIPS-REDAKAN-SEMBELIT-ANAK-4

Sayur dan buah-buhan

Mengalakkan anak anda untuk mengambil sayur dan buah-buahan segar seperti betik, tembikai, epel manakala sayur seperti brokoli, carrot, kentang dan lobak kerana ia mengandungi kandungan air yang tinggi.

TIPS-REDAKAN-SEMBELIT-ANAK-5

Kurangkan Makan Coklat dan Gula-gula

Mengurangkan pengambilan makanan manis seperti gula-gula dan coklat.

TIPS-REDAKAN-SEMBELIT-ANAK-6

Sarapan Dengan Oat

Menyediakan oat untuk sarapan pagi, anda juga boleh mencampurkannya dengan kismis  atau kurma yang telah dipotong kecil.

10906426_10204804507105583_5530536856042926911_n

Air Suam

Kurangkan pengambilan air minuman yang tinggi kandungan gulanya dan kerap berikan air suam kepada si manja.

 

P/S: Untuk bayi yang mengalami sembelit, sila hubungi doktor anda kerana ada di antara mereka mungkin mengalami masalah alahan kepada susu lembu dan perlu perhatian khas. Manakala bayi berumur 6 bulan ke atas, ibu bapa boleh mencuba menambah sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam diet mereka.

Jangan ambil ubat-ubatan berbentuk julap karana ini sangat berbahaya untuk kanak-kanak.

 

Kembali ke Atas