Pengorbanan Seorang Ayah.

templete-size-blog

Sebelum kita saksikan video di bawah jom baca sedikit perkongsian.

Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak “sudah diberitahu! jangan minum ais!”. Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau ?

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata “tidak boleh!”.

Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu
yang sangat berharga. Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya.
Maka kita telah melanggar kepercayaannya…Maka ayah lah yang setia menunggu
kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.

Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.
tanpa menolak, Beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya. Ayah adalah orang pertama yang
berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga.

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah. Ayah
sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya. Saat ayah melihat kita duduk di atas
pelamin bersama pasangan nya, ayah pun tersenyum bahagia.

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa “Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yang manis bersama pasangannya”.

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.

Lihat video di bawah tentang kasih sayang Ayah.

 

Kembali ke Atas