Kisah Jack Ma Membuktikan Sabar Kunci Kejayaan

Baru-baru ini, Jack Ma , seorang lelaki yang menempuhi pelbagai dugaan dan kegagalan dalam permulaan hidupnya sebelum memperoleh kejayaan yang hebat telah menjadi sebutan ramai di media sosial terutamanya. Jack Ma kini mempunyai aset bernilai $27.9 bilion. Namun, Jack Ma dahulu hanya memperoleh $12 setiap bulan sebagai guru bahasa Inggeris.

Pencapaian-pencapaiannya boleh dikatakan luar biasa apabila dibandingkan dengan kejatuhan yang dihadapinya ketika berada di permulaan. Dia telah menempuhi pelbagai kegagalan yang berkali ganda lebih banyak daripada jumlah kegagalan yang manusia biasa mampu hadapi secara purata dalam kehidupan.

Berikut adalah cara-cara Jack Ma untuk kekal optimistik walaupon setelah mengalami kegagalan yang benar-benar menghancurkan jiwa, seperti idolanya, Forrest Gump.

  1. Tidak mengalah setelah gagal dalam banyak peperiksaan di sekolah.

Jack Ma bukan seorang pelajar yang baik. Malah, dia hampir tidak dapat untuk masuk ke sekolah menengah.

“Saya gagal ujian sekolah rendah utama dua kali, saya gagal ujian sekolah menengah tiga kali, saya gagal peperiksaan kemasukan kolej dua kali.”

Tetapi, Jack Ma tidak bersendirian. Hal ini kerana mengikut sejarah,  para ilmuwan dahulu yang hebat termasuk Albert Einstein, Winston Churchill , dan Abraham Lincoln juga  Forrest Gump  menghadapi kepayahan di peringkat awal dalam akademik tetapi akhirnya berjaya menjadi orang yang berguna dan memberikan sumbangan yang amat besar dengan menemui pelbagai teori baru.

 

  1. Memperoleh 1/120 mata dalam peperiksaan matematik untuk kemasukan kolej

Kegagalan ialah satu perkara. Mendapat markah kurang daripada satu peratus dalam peperiksaan kemasukan kolej anda ialah satu perkara yang berbeza. Dan ianya bukanlah kerana dia tidak mempunyai masa melakukan persediaan. Hingga ke hari ini, Jack Ma masih berjuang dengan matematik, meskipun  Alibaba ialah satu syarikat teknologi.

Jack Ma berkata,  “Saya tidak bagus dalam matematik, tidak pernah mempelajari ilmu pengurusan , dan masih tidak boleh membaca laporan perakaunan.”

 

  1. Tidakkah ditahan setelah ditolak dari Harvard 10 kali.

Ditolak oleh Harvard 10 kali bukanlah perkara yang mengejutkan , tetapi yang menjadi perhatian adalah ketabahan dan kerelaan Jack Ma untuk memohon untuk memasuki Harvard sehingga 10 kali. Ini menunjukkan bahawa Jack  Ma ialah seorang yang tabah. “Perkara yang amat penting anda sepatutnya ada ialah kesabaran,” kata Jack Ma.

 

  1. Kekal optimistik selepas ditolak 30 majikan

Selepas menamatkan pengajian dari kolej, dia memulakan misi mencari pekerjaan dengan memohon pekerjaan kepada  30 majikan berbeza  dan kemudiannya ditolak oleh kesemua mereka.

Dia malahan memohon untuk menjadi seorang pegawai polis. Tetapi mereka langsung terus menolaknya tanpa perlu menilainya dahulu dengan tiga perkataan mudah,  “Anda tidak bagus.”

 

  1. Satu-satunya permohonan kerja (daripada 24) yang ditolak oleh KFC.

Daripada 24 orang permohonan untuk bekerja di  KFC dalam kumpulannya, 23 diterima kerja. Jack Ma ialah satu-satunya yang ditolak permohonan kerjanya. Dia menganggap ini adalah kerana dia kurang tampan dan mempunyai ketinggian yang rendah.

Isterinya , Zhang Ying (yang mengahwininya sebelum dia menjadi kaya), tidak mempedulikan penampilannya. “Ma Yun bukan seorang lelaki yang kacak, tetapi saya jatuh cinta kepadanya kerana dia boleh lakukan banyak perkara yang lelaki kacak tidak boleh lakukan.”

 

  1. Tidak boleh meyakinkan Silicon Valley untuk membiayai Alibaba.

Biarpun selepas dia telah memulakan Alibaba, dia mengalami pelbagai kegagalan. Bagi tiga tahun pertama, tiada keuntungan yang mereka peroleh.  Pada satu masa, Alibaba hanyalah 18 bulan lagi untuk diisytihar bankrap. Jack Ma rendah hati berkata,  “Saya panggil Alibaba ‘1,001 kesilapan.'”

 

  1. Memberitahu 18 rakan kongsi Alibaba bahawa mereka tidak mungkin menjadi eksekutif.

Dalam salah satu keputusan kewangan dan motivasi yang paling teruk seorang CEO boleh lakukan, Jack  Ma memberitahu 18 orang rakan kongsi  (yang telah menyumbangkan modal sejumlah $60,000 USD), bahawa mereka tidak boleh mempunyai pangkat lebih tinggi daripada pangkat pengurus. Sebaliknya,dia merancang untuk mengambil pengurus dari luar.

Jack Ma berkata ini ialah kesalahan terbesarnya. “Pengajaran yang saya pelajari daripada kegagalan  di Alibaba adalah anda perlu jadikan kumpulan anda mempunyai nilai, inovasi, dan wawasan.”

 

LIKE Pamapedia DI SINI 

Kembali ke Atas