Nasi Goreng Cili Kering Dan Ikan Bilis. Resepi Ringkas, Mudah Dan Sedap

Resepi Nasi Goreng Ikan Bilis dengan Cili Kering ini memang sungguh senang dibuat dan rasanya pasti tidak mengecewakan.

Bahan-bahannya :

Semangkuk Nasi sejuk

Segenggam ikan bilis ( cuci bersih dan rendam seketika supaya lembut)

2-3 ulas bawang merah

1-2 ulas bawang putih

1 inci belacan ( sekiranya mahu)

1-2 tangkai cili kering

Sos Ikan

Telur

Garam dan Gula

2 sudu besar Minyak masak

( Untuk 1-2 orang makan)

Cara membuat:

  1. Tumbuk ikan bilis bersama bawang merah, bawang putih, belacan, cili kering yang dipotong kasar.
  2. Panaskan minyak .Tumis bahan tumbuk tadi sehingga garing tapi jangan sampai terlalu garing ya.
  3. Pecahkan telur ke dalam kuali. Perlahan-lahan kacau telur.
  4. Masukkan nasi ketika telur masih belum masak sepenuhnya.
  5. Gaul rata dan masukkan 2-3 sudu besar sos ikan.
  6. Perasakan dengan garam sekiranya perlu -ikan bilis dan sos ikan sudahpun masin.

Sedia untuk di makan.

Resepi ini memang resepi mudah, sedap dan rasanya berbeza dengan nasi goreng yang  menggunakan cili besar merah. Sedap di makan dengan keropok keping.

LIKE Pamapedia di sini 

 

Kembali ke Atas