Jangan Tambah Garam Dalam Bubur Bayi Kesannya Sungguh Memudaratkan

Bubur-Bayi-ditambah-garam1

 

Bayi masih kecil dan tidak memerlukan garam tambahan dalam makanan.

Organ penghadaman bayi masih belum matang dan tidak dapat berfungsi dengan sempurna untuk menerima jumlah garam yang tinggi.

Bayi memerlukan kuantiti garam yang kecil sahaja iaitu kurang dari 1g (0.4gsodium ) sehari. Keperluan garam bagi bayi dan anak kecil boleh di kelaskan seperti berikut:

  • Umur kurang setahun : 1 g/ sehari
  • 1-3 tahun : 2 g/sehari
  • 4-5 tahun : 3 g/sehari
  • 7-10 tahun : 5g/sehari
  • Selepas 11 tahun : 6g/sehari

Kuantiti garam yang banyak boleh menyebabkan ginjal yang belum matang rosak serta boleh membawa penyakit darah tinggi tinggi dan juga sawan ketika kecil. Usah bimbang meskipun anda tidak dapat meletakkan garam di dalam makanan bayi kerana mereka akan mendapat garam terus daripada susu ibu atau susu formula.

Makanan dalam tin dan makanan yang diproses juga mengandungi kandungan garam yang tinggi. Begitu juga dengan makanan orang dewasa seperti biskut kering, goreng-gorengan dan lain-lain.

Sumber : DrZubaidi.com

Kembali ke Atas