5 Resepi Sambal Pembuka Selera. #Guna Lesung Batu Lebih Sedap

Lauk yang ringkas pun boleh jadi sangat sedap bila ada sambal belacan. Memang betul membuka selera. Mari lihat 5 pilihan resepi sambal untuk kita cuba :

1. Sambal Belacan Cuka

sambal belacan
10 biji cili padi
2 biji cili merah
1 sudu besar perahan air asam jawa
2 cm belacan bakar
1 sudu kecil cuka -supaya sambal belacan tahan lama
garam
gula

Satukan semua bahan dan tumbuk lumat
Boleh gantikan cuka dengan perahan air asam atau air asam jawa serta dibancuh cair untuk jadikan air asam.

 

 

2. Sambal Belacan Goreng

sambal belacan goreng

Bahan-bahan

10-15 biji cili padi ikut kesesuaian, jika mahu lebih pedas boleh tambah
2-3 inci belacan
2-3 biji bawang merah
1 biji tomato
Garam gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Bawang dipotong atau belah 4 atau 6
tomato dibelah 4 atau 6
Goreng semua bahan kecuali garam dan gula
Goreng sampai layu, tapi jangan garing
Setelah itu baru semua bahan ditumbuk..memang lembut dan senang untuk menumbuk..
Akhir sekali baru masukkan garam gula secukup rasa.
Dah siap…senang ringkas dan mudah.

 

3. Sambal Goreng Tempoyak Ikan Bilis

Ikan bilis masak sambal tempoyak

Bahan-bahan:

1-2 genggam ikan bilis
3 biji cili merah
1-2 genggam cili padi
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar (dimayang)
3-5 sudu besar tempoyak
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Cara-cara:

Basuh ikan bilis dan toskan. Goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
Tumbuk bawang merah, bawang putih bersama cili merah dan cili padi.
Panaskan sedikit minyak bekas menggoreng ikan bilis tadi. Tumis bahan tumbuk hingga betul-betul garing. Masukkan bawang besar yang dimayang. Goreng hingga layu sambil mengacau sambal agar tidak hangit.
Masukkan tempoyak dan gaul rata. Rasakan garam dan gulanya. Bila telah sebati matikan api dapur.
Tunggu hingga sambal suam atau sejuk baru masukkan ikan bilis dan gaul rata.

Tujuan masukkan ikan bilis apabila sambal telah sejuk ialah untuk mengekalkan kerangupan ikan bilis di dalam sambal. Kalau digaul semasa sambal masih panas, ikan bilis akan lemau.

Nikmati dengan nasi panas.

 

4. Sambal Gesek

sambal gesek

Bahan-bahan

20 biji cili api
1 labu bawang besar ~ potong kecik supaya senang nak tumbuk
2 ulas bawang putih
1 cawan ikan bilis ~ basuh dan toskan
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1/4 cawan minyak

Cara-cara

1. Tumbuk cili padi, gula dan garam hingga lumat
2. Masukkan bawang besar dan bawang putih, tumbuk hingga separuh hancur. Ketepi kan
3. Tumbuk kasar ikan bilis
4. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga separuh garing, masukkan cili padi dan bawang yang telah di tumbuk tadi
5. Goreng dengan api yang perlahan sehingga sambal gesek menjadi garing.

 

5. Sambal Tempoyak Masak & Petai

 Photo Credit : cahayahidupku2569.blogspot.com

Bahan-bahan

3 1/2 sudu tempoyak
4 papan isi petai
bahan tumbuk:- 2 ulang bawang merah ,2 ulang bawang putih, 5-8 cili padi merah2 (nak pedas boleh tambah cili )dan sedikit garam.
1 labu bawang besar potong bulat2
segenggam ikan bilis
sehelai daun kunyit muda diracik halus – untuk mengharumkan sambal.
secubit @ hujung sudu kecik serbuk kunyit sebagai pewarna
5 sudu minyak masak utk menumis

Cara-cara

Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau.
masukkan tempoyak, ikan bilis, petai dan sedikit air tunggu sehingga petai layu/masak.
masukkan bawang besar, daun kunyit, serbuk kunyit . Tunggu sehingga daun kunyit layu, sedia di angkat.

 

LIKE Pamapedia DI SINI 

Dress atau Jubah yang mesra ibu menyusu untuk AIDILFITRI ini ???

templete-size-blog-02

Kembali ke Atas