Resepi Nugget Ayam Buat Sendiri. Sedap, Mudah Dan Sihat Untuk Anak-anak

Nugget Ayam homemade yang sedap dan menyihatkan. Lagi seronok buat bersama anak-anak.

Bahan-Bahan

400gm isi ayam / dada ayam yang dicincang

1-2 biji bawang merah

1-2 biji bawang putih

1/2 cawan carrot

1/2 cawan seleri ( sekiranya mahu)

daun bawang ( optional juga untuk rasa dan aroma)

3 sudu tepung jagung

2 sudu besar lada sulah

2 sudu kecil garam

2 biji telur

 

Boleh dipelbagaikan dengan tambah black pepper atau cendawan.

 

Cara membuatnya :

1. Blender isi ayam dengan telur, lada sulah, garam. Boleh tambah air dalam 1/4 cawan untuk bagi blender jalan

2. Campurkan bahan blender tadi dengan tepung jagung. Gaul rata adunan. Tambah air atau tepung untuk adunan yang tidak terlalu pekat/cair. 

 

3. Sapu minyak zaitun pada loyang dan kukuskan adunan sehingga masak. Sekejap saja dah masak, sekitar 10-20 minit.

 

 

4. Sejukkan adunan yang telah dikukus dan potong nugget ikut kesukaan petak atau jejari.

 

5. Celup dalam telur dan golek-golek dalam serbuk roti.

6. Simpan untuk goreng hari lain/ buat stok dalam peti ais. Lapik plastik supaya tidak melekat bila keras nanti dan senang nak dikeluarkan.

7. Goreng tak perlu lama sebab isi sudah sedia masak. Hanya bagi garing sahaja.

 

 

 

Kembali ke Atas