Ketahui 17 Perkara untuk Elak Penyakit Kanser
Ketahui bagaimana anda dapat mencegah penyakit kaser dengan mengawasi pengambilan makanan anda seperti di bawah:
- Berhenti makan fast food seperti nugget, sosej, bebola ikan/daging, french fries, burger dan lain-lain. Nak selamat, buat sendiri tanpa sebarang bahan pengawet.
- Jangan minum susu berkultur yang ada bakteria baik. Bakteria ini baja kanser. Apa jenis jenama termasuk yogurt yang berkultur.
- Elak soya dan produk berkaitan
- Elak maggi dan mee segera
- Elak mee kuning
- Elakkan bekas polisterina dan jangan guna botol mineral berulang kali
- Jangan makan makanan yang disimpan dan dimasuk berulang-ulang
- Elak makan makanan awet dalam tin seperti ikan sardin dan yang sewaktu dengannya
- Kurangkan makan ayam, banyakkan ikan. Tak ada protein ikan dan ayam pun tak apa. Minimumkan, makan banyak sayur.
- Elak minyak masak yang dikitar semula. Banyak gerai goreng pisang selalu buat begitu
- Kurangkan gula dalam minuman dan masakan. Gantikan dengan madu asli atau stevia. Gula adalah baja dan talian hayat sel kanser
- Elak anak bermain di padang yang baru diracun kerana racun mengandungi benzena, bahan karsinogen penyebab kanser
- Gunakan bekas plastik BPA Free atau yang terbaik, kaca atau besi untuk menyimpan makanan atau air panas.
- Pastikan sumber makanan yang halal dan thoiyyiban. Makanan sunnah seperti madu asli, kurma, susu kambing dan delima.
- Jangan bertolak ansur dengan penyebab kanser
- Bersihkan kulit buah dan buang kulitnya kerana bahan lilin atau wax yang berpotensi sebagai karsinogen
- Masak makanan dengan sempurna. Elakkan makan makanan yang separuh masak, kurangkan makanan berpanggang kerana arang ada banyak karbon.