Pesawat Royal Brunei Airlines Ke Jeddah Dikendali Juruterbang Wanita

Syarikat Penerbangan DiRaja Brunei, RB Airlines merekodkan sejarah tersendiri apabila sebuah pesawat komersial miliknya kini dioperasikan sepenuhnya oleh juruterbang dan kru wanita.

pilot wanita RB Airlines

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Syarikat itu memperkenalkan tiga wanita bertudung yang menjadi kru utama pesawat BI081 (Brunei – Jeddah) terdiri dari Kapten Sharifah Czarena dan Sariana serta Dk Nadiah Khashiem selaku pegawai senior dan pembantu juruterbang.

Sharifah Czarena merupakan juruterbang wanita pertama RB Airlines yang mendapat tauliah pernerbangan sejak 6 November 2012 selepas menamatkan latihan penerbangan selama 5,000 jam.
royal brunei airlines

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Foto ketiga-tiga kru penerbangan terbabit yang bergambar di kokpit pesawat itu dimuatnaik di Facebook RB Airlines sejak semalam mengundang hampir 1,000 komen pengguna media sosial Brunei yang berbangga dengan pencapaian mereka.

RB Airlines juga mengiktiraf dan menghargai bakat serta skill pekerja wanita. Lihat sahaja Tim Engineering mereka ini :

team engineering RB

LIKE Pamapedia DI SINI

Kembali ke Atas