5 Barang Bayi Yang Sebenarnya Tidak Perlu Dan Tidak Digunakan Sangat. Anda Bagaimana?
5 Barang Bayi Yang Sebenarnya Tidak Perlu Dan Tidak Digunakan Sangat. Anda Bagaimana?
Pertama kali menjadi ibu begitu mengujakan. Apa sahaja yang ditulis di dalam newborn checklist dirasakan perlu dan wajib ada. Bila sudah mempunyai anak barulah sedar betapa ada benda dan barang yang dibeli tidak perlu malah tidak sempat digunakan langsung.
1. Kasut Bayi
Kaki bay masih kecil, malah ereka masih belumpun boleh berjalan. Apa yang mereka perlukan adalah sarung kaki atau stokin yang selesa bagi mengelakkan kesejukan. Boleh juga membeli booties yang sesuai. Namun kasut untuk bayi adalah suatu item yang tidak perlu bagi bayi di bawah 6 bulan.
2. Tub Mandi
Bekas untuk mandian bayi yang dijual di kedai-kedai rata-ratanya sangat besar dan tidak sesuai dengan saiz bayi orang kita yang kecil molek. Cukup dengan besen biasa yang sederhana besar. Tab Mandian yang besar memerlukan banyak air dan tidak muat untuk diletakkan dlam sinki sekiranya mahu memandikan bayi di sinki dapur, malahan ianya memerlukanruang yang luas di dalam bilik air.
3. Pemanas Botol
Sekiranya kita menyusukan bayi menggunakan botol, air panas yang diletakkan di dalam bekas juga boleh digunakan untuk memanaskan susu bayi. Tujuan utama adalah untuk memanaskan susu bukan?? penggunaan pemanas botol hanyalah satu pilihan dan juga boleh di gunakan di dalam kereta.
Namun, sekiranya ibu memilih untuk menyusukan bayi secara ekslusif dengan susu badan, pemanas botol adalah tidak perlu. Malahan jika mahu membancuh susu formula juga, pastinya air panas di dalam termos sudah cukup panas/suam.
4. Katil Bayi
Rata-rata ibu di negara Asia mempunyai hubungan yang rapat dengan bayi. Malah mereka menyusukan dan tidur di sebelah bayi di sepanjang tempoh berpantang. Kebanyakan katil bayi yang digunakan hanyalah beberapa kali sahaja dan akhirnya menjadi hiasan atau tempat letak barang mainan atau juga tempat longgokan kain baju.
5. Pil Steril Botol
Sekiranya mampu, belilah sterilizer yang menggunakan elektrik untuk membersih dan mematikan kuman. Justeru penggunaan pil steril tidak diperlukan. Dalam tempoh berpantang juga, ibu jarang menggunakan botol susu untuk menyusukan bayi, melainkan dalam kes-kes tertentu seperti bayi pra-matang dan ibu mempunyai komplikasi.
Anda ada membeli barang bayi dan merasakannya suatu pembaziran?? boleh kongsi dengan kami di ruangan komen.