Apakah Saya Sudah Mahu Melahirkan Anak? Tanda-tanda Yang Perlu Ibu Ketahui

baby-kicking

Kontrasi

Kontraksi yang kuat dan bermula dari punggung sehingga ke bahagian hadapan perut. Kekerapan kontraksi yang tidak berkurangan meskipun anda telah berehat atau mengubah posisi duduk kepada baring atau berjalan juga adalah tanda kontraksi sebenar.

Semakin anda hampir hendak bersalin, rasa ngilu dan pedih di bahagian ari-ari akan kerap terasa. Bakal mama juga lebih kerap membuang air kecil mahu pun besar, sakit perut serta buang angin. Ini disebabkan tekanan kepala bayi yang sudah turun ke bawah laluan tulang pelvik.

Sakit tulang belakang

Kesakitan di pinggul dan tulang belakang semakin kuat dirasakan. Ini kerana di akhir kehamilan, berlaku pergerakan pada janin yang akan menekan tulang belakang ibu.

Keluar lendir berdarah

Ada sesetengah bakal mama akan mengalami keluarnya lendir bercampur darah sebagai tanda hendak bersalin. Ia berlaku disebabkan pintu rahim dalam proses pembukaan. Jika anda mengalami tanda ini, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan saiz bukaan pintu rahim.

Keluar air ketuban

Tidak semua bakal mama mengalami situasi ini. Bagi yang mengalami pecah air ketuban dari vagina iaitu air jernih yang mengalir sedikit atau deras, segeralah ke hospital untuk pemeriksaan segera. Biasanya tidak lama kemudian ibu akan bersalin. Pengalaman ibu saya ( dari 9 kali melahirkan hanya anak lelaki sahaja yang mak pecah air ketuban dan baru rasa sakit, bila melahirkan anak perempuan semuanya sakit dahulu sebagai tanda nak bersalin)

Bukaan pintu rahim

Semakin mendekati saat melahirkan, tanda yang paling jelas sekali adalah proses pembukaan rahim. Inilah kemuncak momen indah sebelum bergelar ibu. Walaupun sakit kontraksi iaitu proses pintu rahim terbuka dari 1 hingga 10 cm ini adalah kesakitan yang paling sakit namun ia satu nikmat kelegaan saat kepala bayi mula keluar dari pintu rahim ibu.

Kembali ke Atas