Bila Doktor Lelaki Sambut Kelahiran Bayi. Apa Pilihan Yang Kita Ada
Apa hukum doktor lelaki menjadi bidan isteri bersalin? Adakah ini boleh dikira sebagai darurat?
Pendapat Ustaz Azhar Idrus :
Kalau zaman dahulu orang lelaki jadi bidan bersalin memang pelik, tapi zaman sekarang sudah menjadi perkara biasa. Inilah kelemahan kita sekarang yang sepatutnya kita perbaiki iaitu dengan meramaikan doktor bersalin dari kaum wanita.
Adakah boleh bersalin dengan doktor lelaki sebab dikira dharurah? Jawabnya Ya, hanya sekiranya tidak ada pilihan lain. Contohnya masa nak bersalin tu tidak ada doktor wanita atau suami miskin dan hanya mampu bersalin di hospital kerajaan yang kebetulan doktor bertugas pada masa itu adalah doktor lelaki.
Tapi jika suami mampu bayar untuk bersalin di hospital swasta yang dia boleh pilih khidmat doktor wanita, maka haram suami sengaja membiarkan isterinya bersalin dengan doktor lelaki. Ini tidak dikira sebagai dharurah.
Jadi bagi suami yang berkemampuan, tidak boleh kedekut dalam hal ini kerana nak jimat duit. Nak jimat duit boleh pada hal-hal lain tapi bukan sampai melanggar hukum haram dengan membiarkan isteri menampakkan aurat di dalam bilik bersalin dengan doktor lelaki
Dari alQardhawi, Fatawa Mu’asirat:
Kembalilah pada hukum asal: doktor perempuan hendaklah mendatangi pesakit perempuan kecuali dharurat, maka hendaklah dikendalikan oleh doktor perempuan bukan Islam dan selepas itu doktor lelaki Islam dan doktor lelaki bukan Islam. Di sini bukan persoalan pilihan ikut suka hati kita, tetapi dharurat mengharuskan yg terlarang. Jika doktor perempuan ada, maka pasien perempuan Islam tidak boleh dilihat melainkan oleh doktor perempuan juga kecuali dharurat.
Apa jua pilihan, letakkan batas agama sebagai panduan. Tidak ada salah mendapatkan khidmat doktor lelaki sekiranya itulah pilihan yang ada. Sama juga apabila berjumpa pakar kanser, tulang dan lain-lain yang tidak ada kaitan dengan bahagian sulit pun. Berbalik kepada niat dan kemampuan kita.
Semoga bermanfaat
Sumber :
Ummu Naufal.com
http://solatjemaahjumaat.blogspot.com/2009/01/doktor-pakar-bersalin-lelaki
LIKE Pamapedia di SINI