Tips Resepi Biskut Cip Coklat. Rangup, Kenyal atau Rapuh Mana Satu Pilihan Anda?
Biskut Coklat Cip Ala Famous Amos :
Bahan-bahan A :
mentega (butter) 250 g
gula aising 250 g
kuning telur 2 biji
butter 250 g
gula aising 250 g
kuning telur 2 biji
Bahan-Bahan B :
tepung gandum 250g
tepung jagung 2 sudu
susu tepung 2 sudu
soda bikarbonat 1 sudu
Bakar sehingga warna perang keemasan di dalam oven suhu 180 darjah celsius
TIPS :
- Untuk dapatkan biskut cip coklat yang lebih lembut dan kenyal , gantikan penggunaan gula aising dengan gula perang. Kemudian adunan yang telah siap dicampurkan hendaklah disimpan dahulu di dalam peti sejuk selama 24-48 jam.
- Jika anda lebih gemarkan biskut cip coklat yang rangup tetapi lembut di bahagian tengah biskut tersebut, maka anda boleh menambahkan 1/4 sudu teh serbuk penaik dan 1/4 sudu teh baking soda di dalam bahan-bahan B.
3. Bagi yang menyukai biskut cip coklat yang nipis tetapi kenyal (‘thin&chewy’) , mentega yang digunakan mestilah dicairkan. Hasilnya biskut anda akan lebih nipis tetapi kenyal dan mempunyai tekstur berkedut seperti brownies di bahagian atas biskut.
4. Tekstur rapuh atau ‘cakey’ dan ‘doughy’ boleh diperoleh dengan menggunakan tepung gandum dalam jumlah 100g lebih daripada sukatan asal.
LIKE Pamapedia DI SINI