Cara Betul Gunakan Tanda Baby On Board Di Kenderaan Anda

Pernah menggunakan sticker atau sign Baby On Board di kenderaan anda?

Sejarah Baby On Board bermula pada tahun 1984 oleh Michael Lerner, yang mendapat idea ketika menaiki kenderaan bersama anak saudaranya.

Lerner mendapati pengguna kenderaan lain memotong kenderaannya dengan laju dan merbahaya, tidak begitu bertimbangrasa dengan dia dan anak saudaranya. Beliau merasakan insiden tersebut berlaku apabila kenderaan lain tidak nampak kehadiran anak kecil di dalam keretanya.

baby-on-board

 

Di sebalik Baby On Board:

1. Berbentuk segiempat dan berwarna kuning-hitam sebagai tanda amaran atau alert kepada pemandu lain.

2. Ianya harus diletakkan hanya apabila ada bayi atau kanak-kanak di dalam kereta.

3.Lekatkan di bahagian yang berhampiran anak-anak, elakkan daripada bahagian yang menghalang penglihatan pemanduan anda.

4. Tanda Baby On Board dapat memberitahu pemandu kenderaan lain untuk lebih bertimbang rasa terhadap kereta yang mempunyai penumpang kecil.

5. Baby On Board juga bertindak sebagai tanda atau signal apabila terdapat kemalangan. Ianya memberitahu pasukan penyelamat bahawa terdapat bayi dan kanak-kanak di dalam kenderaan ini.

” Dalam satu kes kemalangan, seorang wanita telah dijumpai di bahagian pemandu, seorang diri. Tiada kanak-kanak dijumpai. Namun, pasukan penyelamat mengambilkira tanda Baby On Board dan mengandaikan kehadiran anak kecil di dalam kenderaan. Seorang bayi telah dijumpai di dalam carseat di bahagian bawah kenderaan yang remuk” – sumber daripada quartz.com

Gunakan tanda Baby On Board anda dengan bijak dan sebaik mungkin, ianya bukanlah bertujuan untuk memberitahu dunia yang anda membawa “the cutest baby in the world” semata-mata.

Baby-Boy-Driving-Car-Images

Like kami pamapedia di sini 

 

Kembali ke Atas