Tetap Muda Remaja Di Usia 50 Tahun, Arzu Daud Kongsi Petua Jus Sayuran Untuk Badan Mantap
Tetap Muda Remaja Di Usia 50 TAHUN, Arzu Daud Kongsi Petua JUS SAYURAN Untuk Badan Mantap
Dalam usia 50-an, Arzu bukan sahaja berjaya mengekalkan kulit yang anjal bahkan kekal langsing persis anak dara.
Arzu juga kelihatan cukup bertenaga dan sihat dengan senyuman yang sentiasa terpamer di bibir. Oleh itu, untuk kelihatan awet muda seperti Arzu, apa kata kita praktikkan amalan jus sayuran ini.
Usah bimbang jika anda tiada masa untuk ke pusat-pusat kecantikan. Masih belum terlambat untuk amalkannya kerana ia pilihan yang tepat serta menyihatkan. Sebaiknya, amalkan meminum jus Arzu ini setiap pagi sebelum sarapan.
Jus Lobak Merah Untuk Hilangkan Jerawat
Bahan-bahan:
3 biji lobak merah segar
1 biji aprikot
¼ biji tembikai susu
Cara Membuat:
Cuci lobak merah kemudian dipotong kecil. Aprikot dibelah menjadi dua bahagian dan dibuang bijinya. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus dan sebati. Tuangkan ke dalam gelas dan hidangkan segera.
Info Jus
Beta karotena pada lobak merah dan tembikai susu akan diubah menjadi vitamin A dalam badan seterusnya bermanfaat bagi menghilangkan sel kulit mati yang boleh menyumbat pori-pori kulit dan menyebabkan noda hitam. Jerawat pun tidak akan tumbuh jika jus ini diamalkan secara rutin.
Jus Sayur Dan Buah Untuk Membersihkan Kulit Mati
Bahan-bahan:
Segenggam bayam hijau
1 batang seleri
2 potong mentimun
2 biji epal hijau
¼ biji nanas
1/3 biji limau nipis
Cara Membuat:
Cuci semua bahan dan dipotong kecil-kecil agar mudah hancur semasa dikisar. Perah limau nipis dan ambil airnya. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus serta sebati. Agar lebih segar, tambahkan ais ke dalamnya.
Info Jus
Olahan jus sihat untuk kulit daripada buah-buahan dan sayur-sayuran segar ini mengandungi Alpha Hydroxy Acid (AHA) yang berperanan penting dalam proses pembersihan sel kulit mati sehingga jerawat pun tidak ‘berani’ tumbuh pada wajah.
Jus Kobis Untuk Anti Penuaan
Bahan-bahan:
4 helai daun kobis saiz sederhana
6 biji lobak merah saiz sederhana
Cara Membuat:
Bersihkan semua bahan kemudian tambahkan sedikit air. Kisar sehingga halus, hidangkan segar.
Info Jus
Kobis mengandungi beta karoten, vitamin C dan selenium yang bermanfaat untuk memperlambatkan proses penuaan serta menjadikan kulit lebih sihat.
Sumber : NONA