Membawa Bekalan Dari Rumah Lebih Jimat

bekal-dari-rumah

Di bahagian Eropah amalan membawa bekalan dari rumah ke sekolah dan tempat kerja sudah menjadi kebiasaan bagi budaya mereka. Bukan sahaja selamat dari segi kebersihan dan kesihatan malah dapat membantu dalam penjimatan.

 

Antara Manfaat Membawa Bekal Dari Rumah:

bekal-dari-rumah1

Pemilihan Makanan

Makanan berminyak dan berlemak menjadi sinonim dengan hidangan yang ada di tempat awam. Jadi dengan membawa bekalan sendiri kita boleh mengawal cara pengambilan makanan yang lebih sihat dan seimbang.

 

bekal-dari-rumah2

Bersih dan Segar

Kes keracunan makanan di tempat awam dan sekolah sering berlaku lagi-lagi pada kanak-kanak. Keracunan makanan boleh mengakibatkan cirit birit, muntah, sakit perut, demam dan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik).  Ia juga boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.

 

bekal-dari-rumah3

Jimat

Menurut kajian purata perbelanjaan makanan untuk sebulan bagi seorang kanak-kanak ke ialah 150-200 manakala bagi seorang yang bekerja ialah 200-500. Dengan membawa bekal kita mungkin dapat berjimat 300-600 sebulan bagi yang berkeluarga.

 

Walau bagaimanpun kita sedari ada sesetengah keluarga tidak sempat untuk menyediakan bekalan. Lagi-lagi Ibu bapa yang bekerja dan keluar bekerja pada awal waktu seperti 6.00 pagi untuk mengelak kesesakan lalu lintas. Ambil kesempatan yang ada walaupun hanya bekalan roti sandwich untuk sarapan pagi.

Kembali ke Atas