Kenali Tanda-Tanda Autisma
Kenali Tanda-Tanda Autisma
Tahukah anda apakah autisma? Dan apakah tanda-tanda seseorang kanak-kanak itu menghidap
autism? Autisma merupakan gangguan perkembangan otak kanak-kanak yang menyebabkan mereka
akan mengalami masalah untuk membesar secara normal. Tanda-tanda autisma yang boleh dilihat
sewaktu mereka membesar ialah:
Anak yang lambat bercakap iaitu keupayaan dan perkembangan dalam pertuturan tidak
normal.
Anak yang berperangai ganjil dan berkelakuan aneh yang kelihatan tidak sama seperti kanak-kanak sebayanya
Anak yang tidak bermain dengan rakan yang lain dan lebih suka untuk menyendiri.
Anak yang terlampau aktif dimana tahap kecerdasan mereka melampaui dari kanak-kanak
sebayanya.
Anak yang kurang fokus dan mereka sukar untuk melakukan satu tugasan dalam satu masa.
Anak yang bersifat tantrum iaitu berenergi tinggi dan tidak pandai mengawal amarah.
Anak yang lambat berjalan dimana mereka masih belum mampu untuk berjalan walaupun
umurnya telah lanjut.
Anak yang lambat membaca dan sukar untuk menghafal huruf walaupun umur sudah amat
lanjut.
Sebagai seorang ibu anda perlu memerhatikan tingkah laku anak anda untuk mengenal pasti bahawa
mereka menghidap autisme atau tidak. Jika ya, sila dapat rujukan di hospital berdekatan anda.