7 Tips Penting Mesti Buat Barulah Air Fryer Tak Cepat Rosak Dan Boleh Pakai Lama

Tips penting apabila anda menggunakan Air Fryer di rumah ;

1# Pastikan tempat letak Air Fryer keras dan tegap

Ini penting dan paling utama sekali. Letakkan Air Fryer (AF) anda di atas permukaan yang kukuh atau teguh. Ini untuk mengelakkan bunyi gegar/bising apabila kipas AF berpusing.

2# Jarak Air Fryer dengan dinding belakang

Pastikan jarak eksos/ruang keluar udara(biasanya berada di bahagian belakang) sekurang-kurangnya 5 inci(13-15 cm) daripada jarak apa-apa benda berdekatan.

▪️Sebab ;

Untuk melancarkan proses memasak.

Tambahan pula eksos air fryer akan mengeluarkan udara panas daripada proses memasak. Jika ada benda/alatan berdekatan akan turut rosak/mencair/lebur.

3# Gunakan Baking Tray atau bakul yang di sediakan

Kredit Photo : Pinterest

Disarankan sebelum menggunakan bakul air fryer untuk menggoreng, pastikan spray/sapu/lap minyak(guna tisu)kat bahagian bawah bakul air fryer dan panaskan 2@3 minit dengan suhu 170-180 darjah

▪️Sebab ;

Untuk elakkan makanan melekat teruk kat bawah bakul air fryer. Bergantung kepada jenis makanan yang dimasak ada juga yang tidak melekat dan tidak memerlukan spray minyak

4# Ukur dahulu saiz Air Fryer sebelum membeli aksesori

Jika ingin membeli aksesori seperti loyang atau jaring tambahan pastikan kita ukur terlebih dahulu bahagian bakul air fryer kita

▪️Sebab ;

Supaya aksesori yang dibeli dapat muat masuk air fryer kita(setiap air fryer berbeza-beza saiz bakul)

5# Basuh Bakul/ Bekas Air Fryer selepas digunakan

Setiap kali selepas guna air fryer MESTI terus basuh BAKUL dan PAN dengan sabun biasa dan berus lembut (rendam sekejap jika ada hasil masakan melekat)

Hampir semua AF boleh dibuka dan diasingkan dengan mudah

▪️Sebab ;

Untuk elakkan bakul berkarat,bergris/berminyak dan akan rosak/terkopak

6# Bersihkan bahagian dalam pemanas Air Fryer

Sebaiknya 2@3 hari sekali basuh bahagian coil pemanas dan bahagian dalam air fryer atau boleh juga bersihkan dengan tisu lembut sekiranya terdapat serpihan makanan atau minyak

▪️Sebab ;

Untuk elakkan sisa makanan/saki baki minyak melekat terlalu banyak/menebal pada pemanas,ini akan membuatkan ia lebih sukar untuk dicuci malah berkarat teruk.

7# Rajin-rajinlah masak dan gunakan Air Fryer anda

Amboi ! ini lah tips paling berharga kerana jika tidak digunakan sudah pasti lama-kelamaan ada bahagian yang rosak atau berkarat tanpa disedari.

 

======================================================================

DAH ADA AIR FRYER TAPI TAK TAHU NAK MASAK APA?

“Asyik-asyik goreng dan bakar ayam, sampai anak pun jadi bosan. Nak cuba resepi lain takut tak menjadi pula. Idea pun tak berapa nak ada.”

Apa kata cuba Resepi Kak Mie pakar masakan menggunakan Air Fryer ni…sungguh mudah dan menjimatkan masa

 

Kembali ke Atas