Siti Saleha Kongsi Rahsia Kulit Cantik & Langsing

Selalunya bila nak dekat hari perkahwinan, wajah tu memang berseri-seri. Memiliki kulit cerah dan bertubuh langsing, pasti ramai wanita diluar sana makan hati dengan kecantikan Siti Saleha.
Mesti ramai nak tahu rahsia dan amalan kecantikan yang dilakukan oleh Siti Saleha.

1. MAKAN BANYAK BUAH-BUAHAN & MINUM BANYAK AIR
Rahsia Siti Seleha miliki kulit cantik adalah amalkan makan banyak buah-buahan dan minum air. Serta jangan mengenakan solekan yang tebal dan tidak sesuai dengan diri.

2. AMALKAN VITAMIN C UNTUK MENJAGA KULIT
Walaupun banyak jenis suntikan untuk kulit, Siti Saleha lebih sukakan penjagaan semula jadi kerana takut kesan untuk jangka masa panjang jika melakukan suntikan. Seeloknya ambil sahajalah suplemen seperti vitamin C yang turut membantu tubuh dan kulit kita.

3. RAJIN BERSENAM JIKA INGINKAN KESAN CEPAT
Jika saya ambil makanan berat, saya akan pastikan saya bersenam untuk membuang semula jumlah kalori yang saya ambil. Misalnya, kalau saya sudah makan burger, jadi saya akan terus bersenam.

4. AMALAKAN GAYA PEMAKANAN SIHAT
Jangan terkejut! Siti Saleha hanya makan nasi seminggu sekali. Lebihkan salad dan sayuran dalam hidangan serta elak makanan berminyak.

Sumber : Hanasuva

Kembali ke Atas