5 Tips Menarik Minat Anak Untuk Makan Sayur

Sebenarnya  sayur adalah makanan yang banyak menyumbang kepada kebaikan kesihatan. Disebabkan rasanya yang pahit dan tidak sedap menjadi alasan kepada kanak-kanak untuk tidak menikmatinya bersama hidangan makanan lain.

Keadaan ini bukan sahaja merisaukan ibu bapa tetapi tidak tahu macam mana nak menarik minat anak-anak makan sayur. Antara tip yang boleh menggalakkan anak makan sayur adalah:

1)    Perlu kreatif

Nak galakkan anak makan sayur, ibu perlu kreatif menyediakan makanan yang berasaskan sayur.  Boleh potong sayur atau buah ikut bentuk yang menarik seperti kiub atau memanjang. Hias dalam pinggan dengan selang selikan warna sayuran.

2)    Pelbagaikan cara masakan

Cuba pelbagaikan masakan agar anak tak mudah bosan. Untuk kelainan boleh panggang lauk dan hiaskan dengan sayur. Boleh juga jadikan sayuran sebagai salad dan di campur dengan buah kegemaran anak.

3)    Jadi contoh

Nak ajar anak makan sayur, kita sebagai ibu bapa perlu jadi contoh. Tak boleh memilih bab makan sayur kerana anak akan memerhatikan kita di meja makan. Sambil makan kita galakkan anak dan cakap mengenai kebaikan makan sayur.

4)    Hidangan kudapan

Jadikan sayur dan buah sebagai pengganti makanan ringan. Boleh buat sebagi kudapan ketika menonton televisyen atau ketika beriadah. Cara ini lebih baik daripada membiarkan anak makan jajan.

5)    Libatkan anak-anak

Galakkan anak-anak membeli,memasak dan menyediakan makanan. Aktiviti ini pasti menyeronokkan . Boleh beri peluang kepada anak menyediakan sendiri menu ikut selera mereka. Sekurang-kurangnya mereka dapat makan hasil air tangan sendiri.

Sebagai ibu jangan cepat putus asa kalau anak tidak mahu makan sayur pada permulaannya. Kena banyak bersabar dan kreatif. Sekiranya usaha ini dibuat secara berterusan, lama-kelamaan anak akan boleh menerimanya.

Kembali ke Atas