Membaca buku boleh memanjangkan umur?

Siapa ulat buku angkat tangan! Berita baik untuk anda!

Berita baik untuk ulat buku! New York Times melaporkan bahawa mereka yang gemar membaca buku dikatakan boleh memanjangkan umur anda.

 

baca buku

Satu kajian yang telah diterbitkan di dalam jurnal Sains Sosial & Perubatan mendapati bahawa pembaca buku boleh menambah purata hampir dua tahun lebih lagi daripada mereka yang tidak membaca buku.

Menggunakan data sebanyak 3,635 yang berusia 50-an, pengkaji mendapati bahawa mereka hanya meluangkan masa sebanyak tiga jam setengah dalam masa seminggu kurang terdedah kepada risiko meninggal dunia dalam jangka 12 tahun akan datang dengan kadar purata sebanyak 17% dibandingkan dengan mereka yang tidak membaca buku. Mereka yang membaca lebih daripada tiga jam setengah seminggu pula didapati dikatakan mempunyai kadar 23% peluang untuk meninggal dunia.

baca buku 2

Pengkaji juga berjaya menemukan pautan (link)  berkaitan membaca berita dapat menambahkan jangka hayat anda, namun korelasinya tidak begitu kuat jika dibandingkan dengan membaca buku.

 

baca buku 3

Jika anda memerlukan bahan bacaan (bagi meningkatkan kadar kesihatan anda) kami menyediakan mini perpustakaan untuk anda !

Pilih dan klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut lagi :

 

Kembali ke Atas