Pemilihan Langsir Dan Hiasan Tingkap Sempurnakan Keindahan Kediaman Baru Anda
Memilih Langsir Untuk Rumah Baru
Menjadi impian kita semua untuk memiliki rumah kediaman yang menepati citarasa dan kemampuan kita. Namun begitu, ada segelintir antara kita merasakan belum perlu untuk membeli, cukup dengan menyewa sahaja. Dua senario yang berbeza, tapi tujuan yang sama untuk menduduki dan tinggal di rumah atau kediaman sendiri.
Samada menggunakan perkhidmatan perunding pakar hiasan dalaman atau dengan kreativiti sendiri, satu elemen yang sering kali menjadi item terakhir atau kadang-kadang tidak tertulis langsung didalam senarai keperluan kita adalah langsir! Percaya atau tidak, memang itulah hakikatnya.
Statistik menunjukkan ramai yang mengadu terlupa untuk membuat bajet keperluan langsir atau hiasan tingkap. Bila kurang atau tiada bajet untuk langsir, maka tersasarlah sedikit kesempurnaan rumahku syurgaku.
Langsir atau hiasan tingkap merupakan elemen yang sangat penting didalam skop hiasan dalaman.
1. Terbaik jika sekurang-kurangnya 10% daripada bajet keseluruhan kos masuk rumah baru diperuntukkan untuk keperluan hiasan tingkap atau langsir ini.
2. Kualiti dan ketinggian seni corak dan warna sesuatu kain langsir itulah yang akan membezakan keterampilan hiasan tingkap rumah.
3. Ruang-ruang utama seperti ruang tamu, ruang makan dan ruang rehat adalah tempat-tempat yang sering menjadi tumpuan keluarga kita atau tetamu yang datang. Berikan keutamaan ruang-ruang tersebut jika tidak bercadang untuk memasang langsir seisi rumah sekaligus.
Artikel oleh Iman Home Decor