Lelaki Ini Kongsi Cara Membina Lattice (Kekisi) Bajet Sebagai Tempat Untuk Letak Pasu
Lattice atau kekisi punya pelbagai fungsi di laman. Boleh jadi tempat tanaman menjalar memanjat, pembahagi ruang dan pelbagai lagi. Selain itu juga, lattice mampu menampilkan dinding atau laman yang bosan nampak lebih menarik.
Terdapat pelbagai rekaan lattice boleh didapati di pasaran. Secara tradisionalnya ia menggunakan material kayu. Tapi kini dipasaran, lattice boleh didapati dengan mengunakan metarial besi, pelastik dan sebagainya. Tapi harganya boleh tahan juga.
Mr. Lim yang berasal dari Taiping, Perak bijak mengolah semula kayu dari bingkai tanaman nya yang Telah rosak dan tidak digunakan lagi. Hanya memerlukan modal tenaga, Mr. Lim mengasingkan bingkai kayu yang masih dalam keadaan baik dan dicantum menggunakan paku membentuk lattice.
Sedikit sentuhan sebagai kemasan adalah cat minyak warna putih. Itu pun sisa yang diambil selepas cat pada pintu kediaman. Pada awalnya pasu yang berwarna warni yang di lekatkan pada lattice yang telah siap di peroleh pada harga RM 1.00.
Tapi Mr. Lim tak terburu-buru membeli kerana masih memikirkan kesesuaian. Pergi ke kedai lagi satu, Mr. Lim peroleh pasu yang sama pada harga Rm 0.80 Sahaja. Berkat kesabaran dan kegigihannya, terbinalah lattice serba bajet.
Sumber : IMPIANA