10 Cara LEGO Jadikan Anak-anak Bijak dan Genius

Semua kanak-kanak sukakan lego. Suka juga mereka sepah-sepahkan lego. Mak-mak pun stress jalan je terpijak lego kan. Tapi tu lah, jangan disekat anak-anak nak bermain LEGO. Mereka sebenarnya sedang belajar.  Children learn through play.
 
Outlet LEGO terbesar di LONDON 

10 Kebaikan Bermain LEGO

1. LEGO ni ada pelbagai warna. Bila anak bermain, kita sebagai ibu-bapa perlulah mainkan peranan.  Ajar anak mengenai warna, atau bertanya warna apa yang sedang dimainkan oleh anak. Anak seawal 2 tahun pun sudah boleh menjawab soalan warna yang mudah kan !
 
2. Bentuk dan ukuran lego yang macam-macam juga merupakan media pembelajaran bagi anak, sehingga anak dapat mengenal pelbagai bentuk. Ada pelbagai bentuk LEGO seperti  tayar, dan siap boleh berpusing. Ada juga bunga, orang, pedang, crown dan macam-macam lagi lah.
Credit Photo : Google.com
3. Saat anak menyusun lego, anak sedang melatih koordinasi antara mata dan tangan. Kemampuan anak untuk memilih, mengawal, menempatkan dan memasang lego akan berkembang dengan baik. Anak pandai sebenarnya nak memilih warna mana, bentuk mana yang tangan nak ambil.
4. Menggenggam dan membuka pasang lego dapat melatih motor halus anak. Kadang-kadang si abang pasang ketat sangat adik plak yang menjerit nak bukak. Bermain lego juga dapat membina otot-otot kecil seperti jari-jemari anak dan mengaktifkan jari mereka. Ini dapat membantu anak untuk cepat belajar menulis.
Photo Kredit : GettyImage
5. Pemilihan warna dan hasil bangunan yang dibuat anak dapat melatih jiwa seni anak jugak. Kita boleh nampak anak-anak cenderung pada warna apa
6. Pada bahagian atas lego terdapat bulatan-bulatan timbul kan. Haa.. ni boleh dijadikan bahan untuk belajar mengira tau. Anak saya menggunakan lego untuk belajar operasi tambah. Suka dia sepah-sepahkan lego tu.

 

7. Anak akan jadi kreatif, imaginative dan cuba menyelesaikan masalah (problem solving). Dia akan berimaginasi untuk membina kapal terbang atau kereta. Otaknya berfikir blok lego yang manakah yang perlu digunakan untuk digabung. Jangan hairan bila anak selesai menyusun, kemudian ia berkata dia sedang membina kereta ke , gajah ke,  padahal  jika dilihat sebenarnya belum menyerupai apa pun yang anak sebutkan. Puji dan beri penghargaan agar anak lebih mengeksplorasi berbagai-bagai macam bentuk lagi.
8. Jika bermain bersama-sama dengan kawan-kawan atau dengan saudara mara, secara tidak langsung anak akan berlatih berkomunikasi dan mengemukakan idea dan juga belajar berkongsi barang dan menunggu giliran. Juga akan menggalakkan teamwork. Tapi berkongsi dan menunggu giliran dengan adik sendiri sangatlah memerlukan kesabaran yang tinggi .
Kredit : Lego.com
9. Kemampuan berbahasa anak juga akan lebih terlatih. Anak akan belajar ‘di atas’ , ‘di bawah’ , ‘kecil’, ‘besar’, dan macam-macam lagi. Boleh bermain games mengenal warna dan  mengira bersama anak-anak.Beri arahan yang mudah seperti ” Give me 2 red blocks” . Aktiviti asingkan blok mengikut warna juga menarik. Kemudian jom kira bersama mama !

10. Ajar anak untuk mengemas lego selepas bermain, boleh memupuk sikap bertanggungjawab dengan barang sendiri dan sudah tentulah mama akan baik hati untuk beli LEGO lagi kan

Kembali ke Atas