Resepi Cekodok Pisang Gebu Yang Mudah dan Sedap
Anak-anak ramai yang gemarkan cekodok pisang. Apa lagi jika ianya gebu serta penuh rasa pisang sebenar ( bukan daripada esen pisang ya ).
Ada satu resepi yang di kongsikan Chef Mat Gebu ini, telah kami cuba dan terbukti gebu serta disukai anak-anak.
Apa lagi, mari lihat resepi di sini :
BAHAN-BAHANNYA
8 biji pisang emas
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 camca besar gula peerang @ 1/3 camca besar gula halus
1 cawan tepung gandum
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUATNYA :
- Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
- Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak-banyak sekaligus sebab ianya akan kembang. Tapi ini bergantung pada saiz kuali yang anda gunakan.
- Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.
Selamat mencuba !