Semua Kanak-kanak Suka Bermain Buih Sabun. Resepi Ini Membolehkan Anda Membuatnya Sendiri Di Rumah. Seronok !!

Aktiviti mudah dengan anak.

Semua kanak-kanak pastinya suka bermain buih sabun. Jimat belanja dengan buat sendiri buih sabun di rumah.

Caranya mudah serta non-toxic. Bahan-bahannya juga mudah didapati. Gunakan satu cawan kecil untuk menyukat.

1. Bahan-bahan mudah didapati di dapur.

Bahan :

  • Air
  • Gula
  • Tepung Jagung
  • Sabun pencuci pinggan
  • Cawan penyukat
  • Sudu untuk mengacau campuran.
  • Bekas dan peniup ( boleh isi semula ke dalam bekas buih sabun yang sedia ada)

2. Masukkan 2 cawan air

3. Setengah cawan gula

4. Kacau rata sehingga gula larut

5.Masukkan 1 cawan sabun pencuci dan berhenti mengacau campuran. Jika tidak penuh dapur dengan buih nanti.

6. Ini magic untuk mengekalkan buih tahan lama- hanya tambah 1 sudu teh tepung jagung

7.Sudah siap

8. Walla !!! Jom main bubble di luar rumah

sumber : everydayme

LIKE Pamapedia DI SINI

Kembali ke Atas