Pandainya Mama Buat Waffle. Resepi Mudah Waffle Yang Rangup Di Luar Dan Gebu Di Dalam
Anak-anak pasti gemarkan waffle.
Lebih teruja bila mama sendiri yang membuat waffle di rumah. Pasti si kecil akan berkata ” Hebatnya mama, pandaila mama buat waffle”
Resepi waffle yang crispy di bahagian luar dan gebu di bahagian dalam :
Penyediaan : 15 minit
Masa memasak : 5 minit ( 2 minit/ setiap waffle)
Bahan- bahan :
1 biji telur gred A
1 cawan tepung serbaguna/gandum
2 sudu kecil baking powder
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan butter yg dicairkan
1 1/2 sudu besar gula castor
1/2 sudu kecil vanila
Cara-caranya:
Panaskan waffle maker.
Ayak tepung bersama baking powder.
Pukul telur hingga betul-betul kembang.
Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain dan pukul lagi hingga sebati.
Apabila waffle maker dah panas, masukkan sesenduk adunan/batter dan ratakan.
Tutup penutup waffle maker dan masak sehingga waffle masak (golden brown/keemasan)
Hidangkan panas bersama jem atau madu atau juga bersama aiskrim mengikut kesukaan masing-masing.
>> BELI WAFFLE MAKER ANDA DI SINI <<