Susu Ibu Yang Sudah Terkena Air Liur Bayi Tapi Tidak Habis Masih Elok Dalam 1 Jam

Susu ni baby dah sentuh sikit tapi tak habis pun…nak dibuang terasa sayang. Tapi masih elok lagi ke?

Sudah menjadi kebiasaan ibu bekerja akan pam susu di office dan bawa balik rumah untuk di buat stok bagi keperluan baby semasa ditinggal dengan pengasuh.

TIPS MENGEPAM SUSU DI PEJABAT

Di pejabat sebaiknya pam susu setiap 3 jam. Ibu jangan stress semasa mengepam, sambil mengepam tu cuba lihat video atau gambar comel anak-anak atau baca info yang gembira sahaja. Suasana yang tenang membantu penghasilan dan pengeluaran susu yang berkualiti

Haa..usah layan gossip rumahtangga di KRT pula tau…stress nanti hihi

ELAKKAN PERUBAHAN SUHU YANG MENDADAK PADA SUSU ( EBM)

Katakan ibu mengepam sesi pertama selama 30 minit.

Habis sesi pertama pam, biarkan susu dalam suhu bilik dalam 10 minit kemudian baru masuk dalam cooler bag yang siap dengan ice pack (sejuk).
Ini adalah untuk menjaga kualiti susu supaya dalam keadaan baik.Ini kerana susu yang baru diperah adalah sedikit suam – haruslah kan ianya fresh dari Ibu. Jadi biarkan suhunya stabil dengan suhu persekitaran sebelum dimasukkan ke dalam cooler bag atau chiller di office.

Ini perlu dipraktikkan baik semasa cara simpan susu dalam freezer atau keluarkan susu dari freezer untuk kegunaan baby minum. Perubahan susu mendadak membuatkan kualiti susu terjejas serta tidak tahan lama.

SUSU IBU BOLEH DICAMPUR DALAM SATU BOTOL DENGAN SYARAT SUHU YANG SAMA ?

Ya boleh sahaja.

Contoh :

Susu dalam cooler bag yang diperah di pejabat tadi , sesi pertama , kedua dan ketiga disatukan menjadi satu botol dan tulis tarikh terawal susu diperah.
Pastikan suhu dia sama. Sejuk dengan sejuk.
Simpan dalam chiller atau Freezer.

JANGKAHAYAT SUSU IBU

1 – Deep Freezer ● tahan 6 bulan

2 – Freezer { 2 pintu } ● tahan 3 bulan

3 – Freezer { 1 pintu } ● tahan 2 minggu

4 – Chiller { peti ais bawah } ● tahan 3 – 5 hari

5 – Suhu bilik ● tahan 2 hingga 3 jam

6 – Lepas dipanaskan ● tahan 1 jam

7 – Lepas cair dari beku ● tahan 24 jam

8 – Dah kena air liur baby ● habiskan dalam masa 1 jam

9 – Cair bawah 30% ● boleh bekukan semula

10 – Cair lebih 30% ● simpan dalam chiller dan guna dalam masa 24jam

11 – Susu yang dikeluarkan dari chiller belum dipanaskan ● tahan sehingga 2 jam

12 – Susu yang dikeluarkan dari chiller dan letak dalam suhu bilik bawah 3 jam boleh dimasukkan semula ke dalam chiller.

Jadual Penyimpanan Susu Ibu
Kredit: http://nutrition.moh.gov.my

Sumber : Lunatots

Kembali ke Atas