Pentingnya Pantau Kitaran Haid
“Saya tak tahu penting catat tarikh period”
“Kalau saya tahu penting, saya catat”
“Saya tak tahu boleh rancang kehamilan”
“Anak tu kan rezeki tuhan”
Ramai remaja atau wanita mengambil remeh tentang perkara ini. Setiap bulan, sekurang-kurang anda catatlah tempoh haid anda, waktu mula dan waktu tamat. Bukan disekolah dahulu lagi sudah diberitahu tentang kitaran haid ini?
Tujuannya supaya:
1) Anda boleh monitor sebarang keabnormalan seperti haid lewat tiba-tiba yang mempunyai maksud
• Masalah hormon bagi wanita/remaja
• Kehamilan bagi wanita yang sudah berkahwin (atau belum)
2) Membantu doktor untuk membuat kiraan EDD (Expected Delivery Date) sama ada sama atau hampir dengan bacaan dari ultrasound.
3) Merancang kehamilan seterusnya bagi yang enggan mengambil kontraseptif.
4) Merancang untuk hamil selepas nikah (sebab tu ada yang bunting pelamin kerana waktu nikah dan waktu subur adalah ngam).
Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung.
• Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari.
• Setiap wanita ada kitarannya sendiri antara 25 hari hingga yang paling lambat 35 hari.
• Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Ada beberapa fasa dalam kitaran haid setiap wanita iaitu:
(Hari 1-4)
Fasa menstruation (haid)
• Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula.
• Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari.
(Hari 5-13)
Fasa Follicular.
(Hormon Estrogen meningkat)
Waktu ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung.
Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
(Hari 14)
Fasa Ovulasi (Peneluran)
• Telur akan keluar disebabkan oleh peningkatan mendadak hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH).
• Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang.
• Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran falopio ke rahim.
(Hari 15-28)
Fasa Luteal/Secretory
Tiada persenyawan berlaku maka dinding rahim menjadi tebal. Maka dinding ini akan luruh. Seterusnya proses ini akan berulang semula ke hari pertama.
Fakta:
~ Waktu haid yang normal adalah 3-7 hari.
~ Lewat 2-3 hari haid tidak menentukan anda hamil atau tidak
~ Jika perdarahan melebihi 15hari, rujuk doktor.
(Ia diistilahkan sebagai menorrhagia. Bagi umat islam, pada hari ke 16 jika masih berlaku perdarahan, ia tidak dikira sebagai darah kotor)
Ada beberapa aplikasi di telefon pintar anda yang boleh membantu anda untuk monitor waktu period anda.
Jadilah wanita yang mengambil tahu tentang keadaan perubahan hormon sendiri. Jangan diharapkan suami sahaja yang faham waktu bila anda datang bulan.
Sumber : Medical Mythbuster Malaysia