Ibu Ini Kongsi Pengalaman Dan Kos Checkup Mengandung Di Hospital Andorra

Hi semua..

Semasa artikel ini ditulis saya sudahpun selamat melahirkan bayi ke-5 saya di Hospital Andorra.

Ada yang PM dan tanya pengalaman OK ke tak bersalin kat Andorra ni serta mahal ke tak??

Checkup Kali Pertama

Saya ke Andorra untuk checkup bermula minggu ke-28. Sebelum itu cek antenatal di Megaklinik Zahran Bangi. Nak jadi cerita pregnant kali ini uri di bawah, low lying placenta. Jadi MO di Zahran dah sediakan referral letter untuk saya ke mana-mana hospital yang ada pakar.

Saya survey beberapa hospital pakar & terus pakej bersalin. Sebabnya malas nak buang masa, biar boleh checkup dan terus bersalin dengan doktor yang sama je. Memandangkan saya tinggal di Bangi, saya pilih sama ada Azzahrah, Annur ataupun Andorra.

Hasil survey, ketiga-tiga hospital starting price package untuk bersalin normal lebih kurang sahaja dalam RM 2499-RM 2700 ( Andorra RM 2499 untuk bilik berempat, Annur RM 2700 untuk bilik Single) . Untuk Annur ada extra caj kalau datang admit bersalin selepas office hour. Boleh refer Pakej Bersalin Annur di SINI

TERKINI : Latest Rate Pakej Bersalin di Andorra ( Julai 2018)

Kos Setiap Kali Checkup, Scan & Consultation 

Saya daftar di Andorra untuk konsultasi dengan Dr Khamsiah Muda. Sebabnya dah pernah cek dengan Dr Khamsiah ni semasa anak ke-3 dan ke-4 di Annur. Cabarannya yang saya tak sangka adalah sangatlah ramai patient nak jumpa Dr Khamsiah. Punyalah ramai dalam sesi pagi boleh cecah 22 orang dan waktu menunggu sangat lama. Selepas Raya tempohari saya dimaklumkan Andorra dah mula buat sistem giliran yang lebih kemas untuk mengurangkan waktu menunggu. Bagi saya masih boleh diterima sebab dah biasa masa pregnant anak-anak sebelum ini ke klinik kesihatan, Annur dan juga Azzahrah. Semuanya memang akan spend dalam 2-3 jam juga untuk selesai checkup.

Andorra ni sangat cantik dekorasi serta ruang menunggu pun selesa. Siap ada sediakan water dispenser untuk pelanggan.

Saya share sikit beberapa gambar di ruang menunggu.

Kos untuk Checkup

Sekali checkup biasanya saya dicaj paling minimum RM 185. Ini tanpa ubat. Jika sekali ubat dalam RM 200-RM 250 bergantung pada ubat apa yang doktor berilah kan.

Detailed Scan 2D, 3D dan 4D

Doktor Khamsiah maklumkan di Andorra mereka WAJIBKAN patient untuk buat detailed scan. Ini untuk mengesan lebih awal apa-apa masalah dan komplikasi pada ibu atau bayi. Contohnya baby dengan cleft palate ( bibir sumbing) atau masalah jantung dan lain-lain.

Saya ambil scan 2D sahaja sebab saya nak tahu detailed tentang organ baby. Untuk 3D dan 4D yang boleh nampak muka baby, saya rasa tidak perlu. Jangan salah faham, hihi…sebabnya inikan anak ke-5 dah, mama yang pregnant anak pertama atau kedua mesti lagi excited kan nak tengok muka baby. Saya okey je baby girl atau boy asalkan sihat dan sempurna tubuh badan. Tambah pula muka baby haruslah comel macam mama dia…eh macam kakak atau abang dia.

Untuk Detailed Scan ianya dibuat oleh Physician terlatih. Penerangan juga sangat terperinci dan Physician akan go-through satu persatu organ baby. Kos 2D scan RM 250

Booking Bersalin

Bayaran booking RM 1000. Boleh buat bayaran berasingan contohnya setiap kali checkup bayar RM 500+RM500 dan baki semasa discaj nanti. Nak bayar habis terus harga pakej pun boleh.

Semasa discaj, total bayaran RM 3400++ nanti saya sharekan details apa tambahan caj tu di entri yang lain ya.

** Terkini pakej di Andorra telah dikemaskini

LIKE Pamapedia DI SINI 

 

Kembali ke Atas