Resepi Stok Ayam Tanpa MSG Daripada Chef Ustazah #Mudah, Sihat Dan Sedap

Resepi mudah stok ayam di rumah ?? Ini resepi yang dikongsi Ustazah Wan Habsah yang terkenal dengan rempah Nasi Arab Chef Ustazah.

Nyumss, memang sedap. Dan lebih berbaloi, ianya sihat tanpa MSG mahupun perasa tambahan.

stok ayam

Ini perkongsian Chef Ustazah :

Anda suka menggunakan Stok Ayam / Stok Tulang dalam masakan anda? Anda ragu-ragu dengan sumber-sumber Stok yang ada di pasaran. Dari mana dan bagaimana haiwan itu disembelih menjadi tandatanya. Siapa yang menyediakannya?. Jika anda ragu-ragu/ syubhah apakata buat sendiri air stok anda. Hidup tanpa makanan haram dan Syubhah adalah lebih menyakinkan.

Motto Chef Ustazah Cepat, Lazat, Berkhasiat, Jimat Lagi Berkat. 

Resepi Air Stok Ayam Chef Ustazah

Bahan-bahannya :

Tulang Ayam/ tulang Lembu/ Leher atau Kaki Ayam
Air secukupnya
Halia 2 inci diketuk-ketuk
2 biji bawang besar dipotong 4
2 ulas bawang putih dimayam
Kayu manis 2
Buah pelaga 3
2 sudu garam
2 biji Tomato di potong 6
2-4 biji kentang potong 4
4 helai Daun bay.
Akar-akar : spt akar daun ketumbar, akar daun pudina, akar daun sup dibasuh bersih
Kulit carot yang dikupas.
3 sudu serbuk lada putih/ lada hitam.

Cara-cara :

Semua Bahan di atas di rebus. Tapis semua bahan dan ambil airnya sahaja. Guna untuk memasak atau disimpan di dalam freezer.
Sebaik-baiknya direbus dengan api yang kecil 5 jam. Jika anda ingin simpan lama di dalam freezer. Bungkus 1 plastik 1 plastik. Senang bila nak guna keluarkan sahaja dan panaskan.
Boleh juga direbus hanya sejam sekiranya ingin terus digunakan.

Stok ayam boleh digunakan untuk buat Mee Sup, Mee Rebus, Tomyam, masak Nasi Ayam, Nasi Minyak, Nasi Arab dll. Boleh buat Mushroom Sup dan lain-lain kuah sup.

Nasi Arab Chef Ustazah, nampak menyelerakan sungguh !!

nasi arab

 

Terima kasih Chef Ustazah

LIKE Pamapedia DI SINI

Kembali ke Atas