Resepi Makanan Rahsia Kecantikan Orang Cina
STEAMED BAMBOO PITH STUFFED WITH ABALONE & VEGETABLES
Bahan-bahan utama:
8 biji bamboo pith
1 tin abalone
2 biji cendawan hitam kering
38 gram saderi
38 gram lobak
¾ cawan air rebusan ayam
150 gram kubis putih
Bahan-bahan perasa:
½ sudu teh cuka putih
½ sudu teh garam
½ sudu teh gula
½ sudu teh minyak
Bahan-bahan membuat sos:
¼ cawan air kukusan bamboo pith
5 sudu besar air rebusan ayam
¼ sudu teh garam
1/3 sudu teh gula
2 sudu teh sos tiram
2 sudu teh minyak bijan
2 sudu teh lada putih
1 sudu teh tepung jagung
Cara membuat:
Rendam bamboo pith dalam air selama dua jam dan tukar air sebanyak dua kali. Potong memanjang kira-kira 6 sentimeter.
Masukkan bamboo pith dalam air mendidih dan berasakan bersama cuka.
Masak selama 10 minit. Angkat dan bilas.
Kemudian, rendamkan pula cendawan hitam kering dalam air hingga bersih.
Buang tangkainya dan potong cendawan hitam kering, abalone, lobak dan saderi sama seperti ukuran bamboo pith.
Salut bamboo pith dengan bahan-bahan tadi dan masukkan ke dalam air rebusan ayam bersama bahan perasa seperti garam, gula dan minyak.
Kukus selama 8 minit. Asingkan ¼ air kukusan bamboo pith.
Tuang air secukupnya untuk dimasak dan celur kubis hingga lembut.
Seterusnya, masak bahan-bahan untuk membuat sos hingga mendidih. Tuang ke atas hidangan dan kubis. Sedia dihidang.