Resepi Mee Hailam Chinese Style. Mudah Dan Sedap. Anak Pasti Suka !!
Mee Hailam, sedap dan menjadi kegemaran anak-anak. Rasa kicap yang manis pastinya membuka selera anak-anak.
Mahu pedas?? tambahkan sahaja cili potong atau cili jeruk.
RESEPI MEE HAILAM
Hidangan ni di sediakan ramuannya untuk 2 orang makan. Sila gandakan bahan2 jika ingin menambah jumlah hidangan.
Daging – Di hiris nipis dan di cuci bersih
2 ulas bawang kecil – di cincang halus
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk kasar , kalau nak pedas tambahlah lagi
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
2 sudu kecil tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah
sedikit sawi
lobak – dihiris
2 mangkuk air – kalau daging direbus dahulu gunakan air rebusan daging
Mee kuning kasar secukupnya
Cara memasak :
Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga wangi.
Masukkan daging dan masukkan air dan biar daging empuk.
Kalau air kurang, tambahkan air lagi .
Masukkan lada hitam, sos tiram, dan kicap.
Biar mendidih sekejap
Masukkan udang
Masukkan sayur dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air.
Bila sudah agak pekat, tutup apinya.
Kuah sedia dihidangkan bersama bahan-bahan hiasan yang lain.
Boleh juga masukkan lada putih dan tambah telur sekiranya suka.